Anda pasti perasan, apabila membuat ujian kolesterol, keputusan ujian tersebut adalah dalam bentuk beberapa komponen dimana ianya dikenali sebagai profil lipid.
Dalam laporan profil lipid, terdapat dua jenis kolesterol utama di dalam badan manusia:
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kolesterol tinggi meningkatkan risiko utama penyakit jantung termasuk serangan jantung dan strok.
Satu analisis 2019 menemukan sebanyak 27 kajian tentang kesan minyak zaitun pada kolesterol dan menyimpulkan bahawa penggunaan minyak zaitun mengurangkan jumlah kolesterol, LDL, dan trigliserida dan meningkatkan HDL lebih daripada minyak tumbuhan lain.
Satu lagi analisis turut sama menyatakan kepentingan diet keseluruhan seseorang dalam membantu menurunkan kolesterol. Penyelidik menyimpulkan bahawa kesan penurunan pada LDL terutamanya disebabkan oleh peserta yang mengikuti diet Mediterranean, yang merangkumi banyak minyak zaitun.
Para penyelidik mencatatkan peningkatan bermanfaat dalam kolesterol HDL daripada pengambilan minyak zaitun yang tinggi dengan polifenol. Polifenol ialah sebatian tumbuhan yang kaya dengan antioksidan dengan pelbagai manfaat kesihatan
Jadi, mulakan sekarang dengan pengambilan dua sudu minyak zaitun extra virgin setiap hari bagi usaha menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.