fbpx

TERMA DAN SYARAT PROGRAM TINJAUAN KESIHATAN JANTUNG

 A – PENGENALAN PROGRAM ‘TINJAUAN KESIHATAN OLEH OLIVE HOUSE’

  1. Program ‘Tinjauan Kesihatan oleh Olive House’ (selepas ini dikenali sebagai Program ‘Tinjauan Kesihatan Oleh Olive House’) ini adalah dianjurkan oleh OHR Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Penganjur’) yang beralamat di Level 5 & 6, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah.
  2. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan informasi asas mengenai pencegahan awal penyakit jantung kepada rakyat Malaysia melalui tinjauan kesihatan dan E-Book Pencegahan Awal Serangan Jantung yang diberikan secara percuma kepada peserta.
  3. Tempoh perlaksanaan bermula dari 25hb September 2023 sehingga 31hb Oktober 2023.

B – PENYERTAAN PROGRAM ‘TINJAUAN KESIHATAN OLEH OLIVE HOUSE’

  1. Bagi penyertaan kepada tinjauan kesihatan dan memuatturun EBOOK percuma, peserta hendaklah melaksanakan langkah-langkah berikut:
  2. Hanya borang pendaftaran yang lengkap sahaja yang akan mendapat Ebook percuma ini.

C – TAWARAN ISTIMEWA PROGRAM ‘TINJAUAN KESIHATAN OLEH OLIVE HOUSE’

  1.  Peserta yang mendaftar akan mendapat E-book Pencegahan Awal Serangan Jantung secara percuma.
  2. E-Book ini adalah kompilasi makluman am dan bukan nasihat perubatan. Peserta hendaklah mendapatkan nasihat perubatan daripada pengamal perubatan bertauliah.
  3. Peserta yang menyertai akan disyor kepada aktiviti Cabutan Bertuah dengan mendaftarkan 2 rakan yang akan dibawa kepada pautan penyertaan program ‘Tinjauan Kesihatan Oleh Olive House’.
  4. Hanya borang pendaftaran yang lengkap dan mendapat verifikasi pihak penganjur sahaja akan diterima untuk diproses bagi tujuan CABUTAN BERTUAH.
  5. Pihak penganjur akan menghubungi peserta bagi membuat pengesahan penerimaan sebelum hadiah dihantar kepada peserta.
  6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan/atau kelewatan peserta dalam menerima hadiah misteri semasa proses penghantaran.
  7. Pihak penganjur berhak mengenakan bayaran perkhidmatan penghantaran sebanyak RM20 (semenanjung), RM60 (Sabah/Sarawak) bagi peserta yang ingin mendapatkan hadiah misteri selepas kegagalan pada penghantaran pertama.

D – TERMA & SYARAT PROGRAM ‘TINJAUAN KESIHATAN OLEH OLIVE HOUSE’

  1. Semua warganegara Malaysia berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas boleh menyertai tinjauan ini
  2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan/atau kelewatan peserta untuk membuat pendaftaran Program ‘Tinjauan Kesihatan Oleh Olive House’.
  3. Penganjur berhak untuk menentukan atau mengubah segala terma dan syarat, melakukan apa-apa keputusan, aktiviti dan penyertaan tanpa notis kepada peserta serta tidak menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak.
  4. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program ini adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana peserta.

 

NOTIS PRIVASI

  1. Dengan menyertai Program ‘Tinjauan Kesihatan Oleh Olive House’ ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi penganjur untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Program ‘Tinjauan Kesihatan Oleh Olive House’. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi yang lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  2. Penganjur juga berhak menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, hadiah, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau peraduan yang dianjurkan oleh penganjur.