Olive House Mengubati Kerinduan di Kota Suci Mekah Melalui Salam Baitullah

“Walaupun dalam suasana tiada pergerakan petugas dan jemaah negara kita ke Tanah Suci tahun ini, tapi kita tetap terbitkan program ini. Disebabkan itu kita memilih tema Salam Baitullah, Suatu Kerinduan. Kita mahu penonton sama ada yang sudah pernah menunaikan haji atau belum tetap merasai suasana ibadah haji tahun ini.”

Itulah petikan kata daripada penerbit Salam Baitullah, En Mohammed Shahril Sarapudin melalui temubual bersama Harian Metro.

Mengangkat tema Salam Baitullah, Suatu Kerinduan, program 15 episod ini ditaja sepenuhnya oleh Olive House dan disiarkan secara langsung bermula 18 Julai hingga 1 Ogos 2020, pukul 9.00 hingga 10.00 malam di Saluran Berita RTM dan TV1. Bersama-sama pengacara di studio iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Haneefa dan Ustaz Azman Syah, tujuh segmen sepanjang satu jam bersiaran. Segmen itu adalah Bersama Panel di Studio, Ibrah Haji, Khabar Tanah Suci, Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Rehlah Haramain, Cinta Haramain dan Kuiz Harian