fbpx

TERMA DAN SYARAT

  1. Program Oh Madu Tualang-Kuh! ini adalah dianjurkan oleh OHR Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Pengajur’) yang beralamat di Level 5, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali sebagai ‘Program Sampel Percuma).
  2. Program Sampel Percuma ini akan dilaksanakan bermula 8 Januari 2024 sehingga 1 March 2024.
  3. Program sampel percuma ini adalah terbuka kepada individu warganegara Malaysia (selepas ini dikenali sebagai ‘peserta’) yang
      • tidak pernah membeli mana-mana produk Olive House,
      • tidak pernah berdaftar bagi mana-mana program pemasaran Olive House
      • berumur 18 tahun ke atas pada waktu Program Sampel Percuma bermula.
  1. Sampel percuma yang diterima oleh peserta adalah berdasarkan pilihan sampel yang telah dipilih oleh peserta dan ianya juga tertakluk kepada stok sedia ada. Setiap peserta berhak untuk menerima hanya satu sampel sahaja. Penganjur berhak sepenuhnya di dalam pemilihan peserta yang akan menerima sampel percuma
  2. Bagi menerima sampel percuma, peserta hendaklah melaksanakan Langkah-langkah berikut:
    • Mengisi borang pendaftaran di https://olivehouse.my/honey-stick/ termasuk mencadangkan 3 nama rakan yang tidak pernah membeli produk keluaran Olive House.
    • Membaca terma & syarat dan tanda kotak telah membaca
    • Tekan butang hantar
  3. Hanya peserta yang mengisi borang pendaftaran sahaja berpeluang mendapat sampel percuma.
  4. Hanya borang pendaftaran yang lengkap dan mendapat verifikasi pihak penganjur sahaja akan menerima sampel percuma.
  5. Pihak penganjur akan menghubungi peserta bagi membuat pengesahan penerimaan sebelum sampel dihantar kepada peserta.
  6. Penghantaran sampel percuma akan dihantar tanpa melibatkan sebarang kos kepada pihak peserta.
  7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan peserta dalam menerima sampel percuma semasa proses penghantaran.
  8. Pihak penganjur berhak mengenakan bayaran perkhidmatan penghantaran sebanyak RM14 (semenanjung), RM40 (Sabah/Sarawak) bagi peserta yang ingin mendapatkan sampel percuma selepas kegagalan pada penghantaran pertama.
  9. Penganjur berhak untuk menentukan “atau mengubah” segala terma dan syarat serta melakukan apa-apa keputusan, aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta “dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak”.
  10. Keputusan penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan program ini termasuk pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

 

NOTIS PRIVASI

  1. Dengan menyertai Program Sampel Percuma ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi penganjur “atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh penganjur” untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Program Sampel Percuma. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama,gambar dan maklumat peribadi yang lain, tanpa pampasan atau sebarang notis terlebih dahulu, untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan.
  2. Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, sampel, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau praduan yang dianjurkan oleh penganjur.