A – TERMA DAN SYARAT #KITASEMANGATBERTENAGA BELI & MENANG
B – LANGKAH PENYERTAAN
C- HADIAH
6. Hadiah Cabutan Bertuah yang ditawarkan oleh Pihak Penganjur terbahagi kepada beberapa kategori seperti tertera di jadual di bawah:
7.Setiap Peserta hanya berhak untuk memenangi salah satu (1) Hadiah sahaja.
8.Pemenang tidak boleh memohon untuk menukar milik Hadiah yang telah dimenangi atau menukar Hadiah tersebut kepada nilai wang dan/atau lain-lain yang berkaitan untuk apa-apa sebab.
9.Pihak Penganjur berhak dengan budi bicara mutlak untuk menukar sebarang Hadiah pada nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Kesemua Hadiah yang diberikan adalah dalam bentuk seadanya.
10.Penghantaran Hadiah akan dibuat tanpa melibatkan sebarang kos penghantaran kepada Pemenang. Walau bagaimanapun, Pihak Penganjur berhak mengenakan kos penghantaran sebanyak RM100 (bagi Semenanjung) atau RM200 (bagi Sabah atau Sarawak) terhadap Pemenang yang gagal menerima Hadiah pada penghantaran pertama.
11.Segala risiko yang berkaitan dengan Hadiah adalah tanggungjawab Para Pemenang dan Pihak Penganjur dikecualikan sepenuhnya daripada segala jaminan atau liabiliti berkaitan hadiah dan/atau apa-apa tindakan undang-undang.
12.Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan Pemenang dalam menerima Hadiah.
13.Pihak Penganjur berhak untuk menentukan apa-apa tindakan terhadap Hadiah yang tidak ditebus oleh Pemenang.
D- PENGUMUMAN PEMENANG
13.Pihak Penganjur akan mengumumkan Pemenang mengikut tarikh yang di nyatakan di dalam jadual perenggan 5.
14.Pengumuman Pemenang dan penyampaian Hadiah kepada kesemua Pemenang bagi Program Cabutan Bertuah tersebut akan diumumkan di media sosial rasmi pihak Penganjur iaitu di laman Facebook rasmi Olive House HQ (https://www.facebook.com/MalaysiaOliveHouse).
15.Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk menjalankan proses pengesahan terhadap Pemenang yang dipilih dan memenuhi butiran penghantaran Hadiah. Pemenang haruslah bersetuju untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak ketiga tersebut untuk memudahkan .
16.Pihak Penganjur akan menghubungi Pemenang bagi semua kategori Hadiah untuk membuat verifikasi maklumat dan pengesahan penerimaan Hadiah sebelum memproses Hadiah tersebut dan memaklumkan tempoh masa penghantaran kepada Pemenang.
17.Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan pemberian Hadiah kepada mana-mana Pemenang sekiranya Pemenang gagal memberi respon atau maklumbalas atau tidak menyediakan maklumat yang diperlukan dalam tempoh 72 jam selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur bagi tujuan pengesahan maklumat. Tiada pampasan (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) akan diberikan sebagai ganti rugi kepada Pemenang yang gagal memberikan respon, maklum balas atau maklumat yang diperlukan.
E- HAK PENGANJUR
18. Pihak Penganjur berhak secara mutlak dalam menentukan atau meminda mana-mana terma dan syarat, atau menggantung atau menamatkan program, serta melakukan apa-apa keputusan atau aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta pada bilabila masa dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak. Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
19. Keputusan Pihak Penganjur berhubung semua perkara yang berkaitan dengan Program ini, termasuk pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.
20. Pihak Penganjur tidak akan bertangunggjawab ke atas yang berikut:
a) Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam mengisi butiran atau maklumat akibat daripada sebarang ralat rangkaian, komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh talian internet semasa mengambil bahagian dalam Program Cabutan Bertuah. Sekiranya berlaku kesilapan, gangguan dan/atau kegagalan tersebut, Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan oleh mana-mana Peserta untuk menyertai Peraduan pada bila-bila masa;
b) Sebarang masalah, kerosakan atau kehilangan dalam apa jua bentuk kepada mana-mana Peserta, atau wakil mereka yang diberi kuasa akibat daripada penyertaan mereka dalam Program Cabutan Bertuah; dan
c) ralat, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian internet, kecurian, pemusnahan atau akses tanpa kebenaran kepada butiran atau maklumat, yang timbul semasa operasi atau penghantaran akibat daripada fungsi pelayan, virus, pepijat atau sebab lain di luar kawalan.
21. Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan pada mana-mana gajet Peserta dan/atau pihak ketiga yang berkaitan dengan atau berpunca daripada akses kepada penyertaan dalam Program Cabutan Bertuah ini, termasuk memainkan, memuat turun apa-apa bahan atau maklumat daripada Laman Web yang berkaitan dengan Peraduan ini, penyerahan butiran atau maklumat Program Cabutan Bertuah ini, dan tidak terhad kepada sebarang kehilangan, penangguhan, kegagalan atau kerosakan data atau kepincangan fungsi lain.
22. Penganjur berhak berdasarkan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang ditentukannya mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Program Cabutan Bertuah, melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat Program Cabutan Bertuah ini.
23. Penganjur berhak untuk membatalkan, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Program Cabutan Bertuah ini sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka di luar kawalan Penganjur.
24. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Program Cabutan Bertuah ini berserta keputusan Pihak Penganjur.
25. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memadam atau menambah Terma & Syarat ini tanpa notis awal pada bila-bila masa dan Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
26. Terma & Syarat Program Cabutan Bertuah ini disediakan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
NOTIS PRIVASI