fbpx

Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ - Sahabat Jantung Anda

Dikenali sebagai ‘The Liquid Gold’ atau ‘The Great Healer’ oleh Hippocrates yang juga dikenali sebagai ‘father of medicine’, minyak zaitun telah digunakan di dalam perubatan bagi merawat dan mencegah penyakit sejak kurun ke-5 lagi sewaktu Tamadun Yunani.

Amalan pengambilan minyak zaitun oleh orang Yunani sejak beribu tahun lalu menarik para pengkaji untuk mendalami kajian kesan pengambilan minyak zaitun terhadap kesihatan tubuh badan.

Apa yang mengejutkan adalah kajian menunjukkan bahawa orang Yunani, kebanyakan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding penduduk negara lain walaupun mengamalkan pemakanan ‘high-fat diet’ tetapi berasaskan minyak zaitun sebagai lemak utama.

Negara lain yang juga mengamalkan ‘high-fat diet’ tetapi berasaskan lemak daripada haiwan pula didapati peratusan penduduknya mempunyai kadar penyakit jantung adalah lebih tinggi

Penemuan itu mendorong populariti dan kemasyuran diet Mediterranean menfokuskan kepada pengambilan minyak zaitun sejak ribuan tahun lagi di seluruh dunia.

Mengapa Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ sangat baik untuk Jantung?

Sebagai komponen utama diet Mediterranean, berdasarkan amalan sejak beribu tahun lagi, kajian telah dilaksanakan secara meluas kepada minyak zaitun dan terbukti mempunyai banyak manfaat kepada kardiovaskular atau kesihatan jantung secara umumnya

Berikut adalah beberapa sebab mengapa minyak zaitun dianggap sangat baik untuk penyakit jantung :

Lemak Sihat

Tinggi Antioksidan

Mengurangkan Pembekuan Darah

1. Lemak Sihat

Minyak zaitun kaya dengan ‘Monounsaturated Fat’ atau lemak monotaktepu terutamanya asid oleik, yang diketahui mempunyai kesan positif ke atas paras kolesterol. Lemak monotaktepu ini boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat LDL dan meningkatkan tahap kolesterol yang baik HDL menggalakkan kesihatan jantung.

2. Tinggi Antioksidan

Minyak zaitun mengandungi pelbagai antioksidan, seperti polifenol dan vitamin E, yang dikaitkan dengan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif dalam badan. Keradangan kronik dan tekanan oksidatif boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit jantung.

3. Mengurangkan Pembekuan darah

Minyak zaitun mempunyai komponen oleuropein dan hydroxytyrosol dimana ianya terbukti menghalang pengagregatan platelet, dengan itu mengurangkan risiko pembekuan yang tidak normal. Platelet adalah sel darah yang terlibat dalam pembekuan, dan pengagregatan platelet yang berlebihan boleh menyebabkan pembentukan bekuan darah. Minyak zaitun juga mengandungi asid oleik, yang juga merupakan asid lemak omega-9 sangat baik untuk kardiovaskular dan jantung, termasuk pengurangan risiko pembentukan bekuan darah. Ia juga boleh membantu meningkatkan aliran darah dan menghalang pengagregatan platelet.