Langkah ke arah Jantung yang Sihat bermula sekarang
Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association) mengesyorkan penggantian lemak tidak sihat seperti lemak tepu dan trans kepada lemak sihat seperti minyak zaitun di dalam diet pemakanan setiap hari.
Penyelidikan mendapati mereka yang makan lebih daripada setengah sudu minyak zaitun setiap hari mempunyai risiko 15% lebih rendah mendapat sebarang jenis penyakit kardiovaskular dan 21% lebih rendah risiko penyakit jantung koronari.
Jadi, MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA dengan pengambilan 2 SUDU OLIVIE PLUS MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN setiap hari.
Mengapa Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30X WAJIB menjadi pilihan anda?
- Menggunakan Teknik Perahan 'Mechanically Cold-Pressed'
- Mendapat pengiktirafan Pensijilan Makanan Organik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
- Memperoleh pensijilan dari USDA Organic (United States Food and Drug Administration) dan EU (European Union)
- Memperoleh pensijilan CO2 Neutral Company dalam penghasilan minyak zaitun
- Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
MENGAPA OLIVIE PLUS 30X MEMILIKI CIRI-CIRI ISTIMEWA?
Ini kerana minyak ini berasal daripada pokok zaitun yang tumbuh secara sukar di tengah padang pasir yang berbatu keras. Seperti pokok anggur, diketahui bahawa pokok zaitun yang mengalami kesukaran untuk tumbuh akan menghasilkan kualiti buah zaitun yang terbaik. Disebabkan oleh suhu tinggi (hingga 127°F pada musim panas), banyak batu di dalam tanah telah menghalang akar pokok untuk tumbuh secara bebas bagi mencari nutrien, hampir tiada hujan sepanjang tahun, pokok zaitun mengalami tekanan yang hebat dalam penghasilan buahnya.
Keadaan ini menyebabkan ia mencetuskan mekanisme pertahanan diri di mana ia menghasilkan antioksidan dalam jumlah yang sangat tinggi. Antioksidan ini terhasil kerana persekitaran yang sukar ini, lebih aktif, lebih kuat dan inilah sebab utama mengapa produk Olivie mengandungi khasiat yang sangat baik (merujuk kajian klinikal yang telah dibuat) kepada kesihatan.
MINYAK ZAITUN EKSTRA VIRGIN ORGANIK PALING SIHAT DI DUNIA
Analisis OLIVIE PLUS Minyak Zaitun ‘Ekstra Virgin’ menunjukkan bahawa minyak ini sangat kaya dengan polifenol terutamanya Hydroxytyrosol dengan kandungan sebanyak 233 mg/kg, dan juga Tyrosol dengan kandungan sebanyak 161 mg/kg.
Hydroxytyrosol adalah antioksidan paling kuat yang mudah diserap oleh badan manusia. Ia mempunyai nilai ORAC yang menunjukkan kekuatan antioksidannya sebanyak 40,000 μmolTE/g. Menurut kajian makmal antarabangsa “Folin Ciocalteu”, minyak zaitun ekstra virgin ‘normal’ ‘biasa’ ‘konvensional’ mempunyai kandungan hydroxytyrosol purata sebanyak 7 mg/Kg.
Kandungan hydroxytyrosol dalam minyak zaitun ekstra virgin bersijil organik OLIVIE Plus adalah 233 mg/Kg, jauh lebih tinggi! Jumlah polifenol keseluruhan juga sangat tinggi: 1250 mg/Kg berbanding dengan minyak zaitun ekstra virgin biasa: 253 mg/Kg.