fbpx

TERMA DAN SYARAT

  1. Program Beli & Menang Bonanza 2024 ini adalah dianjurkan oleh Aafiyat Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Penganjur’) yang beralamat di Level 5, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali sebagai ‘Beli & Menang Bonanza 2024).
  2. Beli dan Menang Bonanza 2024 ini akan dilaksanakan bermula 21 Oktober 2024 hingga 15 Januari 2025.
  3. Beli & Menang Bonanza 2024 ini adalah terbuka kepada individu warganegara Malaysia (selepas ini dikenali sebagai ‘peserta’) yang pernah membeli mana-mana produk Olive House dan berumur 18 tahun ke atas pada waktu Beli & Menang Bonanza 2024 bermula.
  4. Setiap peserta yang menyertai Beli & Menang Bonanza 2024 ini hanya berhak untuk menerima hanya satu hadiah sahaja. 
  5. Bagi melayakkan diri sebagai pemenang, peserta hendaklah melaksanakan langkah-langkah berikut:
    • Mengisi keahlian Olive House di https://members.olivehouse.my/login 
    • Membaca terma & syarat dan tanda kotak telah membaca
    • Tekan butang hantar
  6. Hanya peserta yang mengisi borang pendaftaran sahaja berpeluang memenagi hadiah dalam program ini
  7. Hanya borang pendaftaran yang lengkap dan mendapat verifikasi pihak penganjur sahaja akan menerima hadiah
  8. Pihak penganjur akan menghubungi peserta bagi membuat pengesahan sebelum hadiah dihantar kepada peserta.
  9. Penghantaran akan dihantar tanpa melibatkan sebarang kos kepada pihak peserta.
  10. Penganjur berhak untuk menentukan “atau mengubah” segala terma dan syarat serta melakukan apa-apa keputusan, aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta “dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak”.
  11. Keputusan penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan program ini termasuk pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

NOTIS PRIVASI

  1. Dengan menyertai Beli & Menang Bonanza 2024 ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi penganjur “atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh penganjur” untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam pendaftaran keahlian Olive House untuk tujuan pemasaran. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama,gambar dan maklumat peribadi yang lain, tanpa pampasan atau sebarang notis terlebih dahulu, untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan.
  2. Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, sampel, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau praduan yang dianjurkan oleh penganjur.