fbpx

Terma & Syarat Heart2Heart Program

 

NAMA PROGRAM :           HIJRAH MERDEKA & HEART2HEART PROGRAM

PENGANJUR             :           OLIVE HOUSE HQ (OHR MARKETING SDN BHD)

 

FASA A: TERMA & SYARAT PENYERTAAN

  1. HIJRAH MERDEKA & HEART2HEART PROGRAM ini (selepas ini dikenali sebagai ‘Program’ dianjurkan oleh OHR Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Penganjur’) bagi pelanggan berkongsi pengalaman atau ‘testimonial’ menggunakan mana-mana produk Olive House melalui video atau penulisan dan hendaklah dimuatnaik ke dalam sosial media pelanggan.
  1. Program ini akan dilaksanakan pada 20 Ogos sehingga 23 Disember 2023.
  1. Program ini terbuka kepada seluruh pelanggan Olive House di seluruh Malaysia dan juga dibuka penyertaan kepada ejen, kakitangan Aafiyat Group & CAM serta ahli keluarga dan sanak-saudara.
  1. Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang sahaja dan akan ditutup serta merta apabila telah mencapai had yang ditetapkan.
  1. Program akan dilaksanakan bermula pada 20 Ogos 2023 sehingga 23 Disember 2023. Bermula pada 20 Ogos sehingga 18 September 2023, program ini akan dikenali sebagai Hijrah Merdeka manakala bermula 19 September sehingga 23 Disember 2023, ia akan dikenali sebagai Heart2Heart Program.

FASA B: CARA PENYERTAAN

  1. Pendaftaran bagi penyertaan program ini adalah melalui google form https://forms.gle/V1dHqBeVKVY4g7NQ6 Peserta adalah diwajibkan untuk membuat pendaftaran melalui link yang disediakan.
  1. Selepas mendaftar, peserta boleh memuatnaik ‘posting’ bergambar atau video di laman sosial Facebook, Instagram atau/dan Tiktok menceritakan pengalaman menggunakan produk Olive House.
  1. Setiap peserta hendaklah memastikan produk Olive House berada di dalam video perkongsian tersebut. Manakala sekiranya peserta memilih bentuk penulisan, ianya hendaklah dalam bentuk ‘storytelling’ dan penulisan bergambar yang memaparkan produk Olive House yang digunakan.
  2. Pada setiap ‘posting’, peserta hendaklah memastikan :
  3. Menggunakan hashtag #olivehouse #beliyangori #makanyangkualiti
  4. Memastikan terdapat produk Olive House yang diperkatakan di dalam gambar atau video
  5. Peserta boleh memilih berkongsi pengalaman untuk mana-mana produk Olive House seperti minyak zaitun, madu, cuka dan sebagainya
  6. Memastikan akaun sosial media tidak dalam ‘mode private’
  1. Peserta boleh membuat ‘posting’ lebih daripada satu di mana-mana platform sosial media. Akan tetapi setiap peserta hanya boleh mendapat baucar hadiah sekali sahaja.

FASA C: PENGAGIHAN BAUCAR HADIAH RM 50

  1. Peserta yang telah memuatnaik ‘posting’ akan menerima baucar produk Olive House bernilai RM 50 melalui whatsapp sebagai hadiah kepada pihak penganjur.
  2. Baucar tersebut boleh dituntut keatas pembelian di aafiyatmall.com atau melalui ejen-ejen rasmi di seluruh Malaysia
  3. Cara penggunaan baucar adalah seperti berikut :
  1. Peringkat PELANGGAN ke EJEN
  2. Pelanggan boleh menebus baucar melalui mana-mana ejen Olive House berdaftar atau di https://aafiyatmall.com/
  3. Baucar RM 50 mempunyai sah laku selama 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan dari HQ ke pelanggan

iii.         Pelanggan hendaklah membuat pembelian minima sebanyak RM130 bagi membolehkan baucar boleh ditebus.

  1. Baucar sah ditebus sekali sahaja.
  2. Sila hubungi talian hotline 013-5000 157 atau 013-5200 157 jika terdapat kesukaran menggunakan baucar tersebut. Setiap persoalan yang diajukan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.
  1. Peringkat EJEN ke CAM
  1. Bagi urusan penebusan baucar yang telah ditebus oleh pelanggan, ejen perlu mengumpul semua baucar yang telah ditebus dan dihantar kepada pihak pengurusan CAM
  1. Ejen perlu memastikan data jualan pelanggan dimasukkan ke dalam Acore sepanjang tempoh baucar aktif.
  • Kegagalan menjalankan dua perkara diatas boleh mengakibatkan proses penebusan tidak boleh dijalankan berikutan baucar dimasukkan selepas tarikh aktif yang ditetapkan.
  1. Peringkat CAM ke HQ
  1. CAM perlu membuat proses pengesahan di dalam Acore untuk memastikan data jualan yang merujuk kepada penebusan baucar dari pelanggan ke ejen telah dimasukkan ke dalam Acore.
  1. Selepas itu, CAM boleh menghantar data yang telah disahkan kepada HQ (Marketing) bagi urusan mendapatkan baucar terkumpul mengikut jumlah penebusan yang dihantar.
  • Pemberian baucar kod baru bagi kegunaan ejen akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dan diberi kepada CAM.
  1. Baucar yang diberikan sah selama 1 bulan dari tarikh yang dikeluarkan oleh HQ
  1. Selepas ejen menebus baucar tersebut, CAM perlu membuat permohonan bersekali dengan bukti pembelian ejen untuk mendapatkan baucar bagi tujuan penebusan dari peringkat CAM ke HQ.
  1. Pemberian baucar kod baru bagi kegunaan CAM akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dan diberi kepada pemohon dari setiap CAM.

FASA D: HADIAH UTAMA

  1. Peserta yang telah membuat posting di sosial media dan memenuhi syarat di secara automatik berpeluang untuk memenangi hadiah utama keseluruhan bernilai RM 500 iaitu :
  2. Pemenang Pertama : Wang Tunai RM 250
  3. Tempat Kedua : RM 100

iii.        Tempat Ketiga : RM 100

  1. Peserta akan dinilai melalui kreativiti posting dan akan keputusan multak ditentukan oleh jawatankuasa pihak penganjur.
  2. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan.

NOTIS PRIVASI

  1. Dengan menyertai Program ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi penganjur untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Program ini. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam posting yang telah dimuatnaik oleh dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi anda yang lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  1. Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi peserta untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, sampel, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau peraduan yang dianjurkan oleh penganjur.