TERMA DAN SYARAT
- Program ‘How’s Ur Jantung?’ ini adalah dianjurkan oleh OHR marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Penganjur’) yang beralamat di Level 5, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali sebagai ‘Program’.)
- Program ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan informasi asas mengenai pencegahan awal penyakit jantung kepada rakyat Malaysia melalui soalan penilaian dan EBOOK Pencegahan Awal Serangan Jantung yang diberikan secara percuma kepada peserta.
- Peserta juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah hadiah misteri bernilai RM 150.00 bagi 50 pemenang.
- Tempoh perlaksanaan bermula 7hb September 2023 sehingga 31 Oktober 2023.
- Bagi menerima EBOOK percuma, peserta hendaklah melaksanakan langkah-langkah berikut:
- Mengisi borang pendaftaran di https://olivehouse.my/ambil-tahu-jantung-anda/
- Mencadangkan satu nama rakan lain untuk mendapatkan percuma EBOOK
- Membaca terma & syarat dan tanda kotak telah membaca
- Tekan butang hantar
- E-Book ini adalah kompilasi makluman am dan bukan nasihat perubatan. Peserta hendaklah mendapatkan nasihat perubatan daripada pengamal perubatan bertauliah.
- Peserta yang mengisi borang pendaftaran sahaja berpeluang mendapat ebook percuma termasuk termasuk 1 nama rakan lain.
- Hanya borang pendaftaran yang lengkap dan mendapat verifikasi pihak penganjur sahaja akan menerima diproses bagi tujuan CABUTAN BERTUAH.
- Pihak penganjur akan menghubungi peserta bagi membuat pengesahan penerimaan sebelum hadiah dihantar kepada peserta.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan peserta dalam menerima hadiah misteri semasa proses penghantaran.
- Pihak penganjur berhak mengenakan bayaran perkhidmatan penghantaran sebanyak RM20 (semenanjung), RM60 (Sabah/Sarawak) bagi peserta yang ingin mendapatkan hadiah misteri selepas kegagalan pada penghantaran pertama.
- Penganjur berhak untuk menentukan segala terma dan syarat serta melakukan apa-apa keputusan, aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta
NOTIS PRIVASI
- Dengan menyertai Program ‘How’s Ur Jantung?’ ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi penganjur untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Program ‘How’s Ur Jantung?’. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi yang lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
- Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, hadiah, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau praduan yang dianjurkan oleh penganjur.