fbpx
Diabetes

Bagaimana Minyak zaitun dapat membantu pesakit Diabetes?

Diabetes di Malaysia

Di Malaysia, kira-kira 3.9 juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas (18.3%) menghidap diabetes dan lebih membimbangkan lagi adalah hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.Laporan itu sekali gus menunjukkan satu dalam lima individu dewasa berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.

Bagaimana Diabetes berlaku?

Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa yang sama, tubuh badan tidak dapat menggunakan insulin tersebut menjadikan pesakit dalam keadaan tidak cukup insulin.

Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin. Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.

Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka dengan itu akan berlakulah kencing manis.

Adakah Pesakit Diabetes boleh sembuh?

Terdapat pelbagai faktor boleh mempengaruhi keberkesanan rawatan mereka yang menghidap kencing manis.Jadi, jika seseorang itu bertanyakan kepada anda, adakah pesakit kencing manis boleh sembuh?Jawapannya ya, dengan mengamalkan gaya hidup sihat

1. Kawal Berat Badan

Pengawalan berat badan merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menghindari atau merawat penyakit kencing manis.

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti dilihat sudah menular berdasarkan kenaikan insidennya pada setiap tahun. Akan tetapi melalui kawalan kalori pemakanan dan aktiviti fizikal, masalah tersebut pasti boleh dirawat.

Saranan terkini adalah supaya kadar penurunan berat badan berada pada sekitar 5 hingga 10 peratus daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan.

2. Pemakanan yang Sihat & Minyak Zaitun

Betul ke kalau kita kawal pengambilan karbohidrat, boleh sihat?

Bagi mereka menghidap kencing manis, tiada sebarang pengkhususan berkenaan dengan peratusan karbohidrat, protein dan lemak bagi mendapatkan jumlah nutrisi yang ideal.

Namun menurut Persatuan Dietetik Malaysia, pemakanan seimbang terdiri daripada 45-60% sumber karbohidrat, 15-20% sumber protein, dan 25-35% sumber lemak.

Bagi pesakit diabetes, menstabilkan bacaan gula dalam darah ke tahap yang normal adalah sangat penting. Masalah ini sebenarnya menjadi agak sukar kerana kebanyakan pesakit diabetes kerana setiap kali mereka mengambil karbohidrat, bacaan gula akan terus meningkat. Walaupun mereka mengambil ubat yang diberikan.

Kemasukkan gula dalam darah dapat diperlahankan dengan mengambil lebih banyak serat dalam bentuk sayur-sayuran dalam hidangan. Kemasukan gula secara perlahan juga boleh dilakukan apabila kita mengambil minyak zaitun sebaik saja selepas makan atau ambil minyak zaitun bersama-sama makanan yang kita makan (kita tuangkan minyak zaitun dalam sayur-sayuran).

Satu kajian klinikal di Itali mendapati bahawa menambah minyak zaitun pada makanan mengurangkan indeks glisemik makanan, membantu melindungi daripada komplikasi kardiovaskular dan diabetes Jenis 1. Kajian itu menilai sama ada kualiti lemak, dalam konteks makanan dengan indeks glisemik tinggi atau rendah glisemik, mempengaruhi tindak balas glukosa darah selepas makan pada pesakit diabetes Jenis 1. Hasilnya diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care.

Selain menghalang kemasukan gula dengan lebih cepat, minyak zaitun sebagai minyak sihat dapat mencepatkan rasa kenyang dan rasa puas ketika makan. Ini akan menyebabkan pesakit diabetes mungkin dapat mengawal pemakanan mereka.

Dengan itu pengambilan minyak zaitun dapat membantu mengurangkan tahap glukosa dalam darah.

3. 'Intermittent Fasting'

Berpuasa secara syarie atau jika tidak mampu, boleh amalkan Intermittent Fasting, ianya boleh membantu jika anda pesakit diabetes. Bila berbuka/bersahur atau dalam “eating window” boleh ambil karbohidrat kompleks yang mempunyai Glycemic Index yang rendah. Dengan ini kemasukan gula dalam darah berlaku secara beransur-ansur. Ini memberikan peluang untuk pankreas bekerja secara lebih efektif dengan bantuan ubat yang diberikan.

4. Aktiviti Fizikal

Bukan semua jenis aktiviti fizikal selamat buat pesakit diabetes.

Secara amnya, senaman ringan dan berintensiti sederhana seperti berbasikal dan berjoging selamat untuk mereka yang menghidap diabetes.

Walau bagaimanapun, buat mereka yang ingin menceburi sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, berkayak dan sebagainya, disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Ini berikutan risiko yang mungkin akan meningkatkan kebarangkalian untuk komplikasi baru timbul atau komplikasi lama menjadi bertambah teruk.

What to do if you have symptoms

A leo, morbi tempus, maecenas egestas felis pretium eget semper orci molestie id et volutpat egestas fermentum facilisis vitae semper nunc nec, neque est:

Risus pulvinar aliquam ut nullam sapien quam aliquam sodales suspendisse maecenas libero cursus imperdiet scelerisque elementum faucibus ultricies eu eleifend vulputate molestie nunc ullamcorper vulputate semper in id sed habitasse ornare nisl.

What you need to know