fbpx

TERMA DAN SYARAT

A – TERMA DAN SYARAT PERADUAN MENANGI TIKET WAYANG PERCUMA FILEM “REEZA GTR”

  1. Peraduan MENANGI TIKET WAYANG PERCUMA FILEM “REEZA GTR” ini adalah dianjurkan oleh Aafiyat Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 201401001447/ 1077520-K) yang beralamat di Level 5 & 6, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Penganjur’).
  2. Peraduan ini akan berlangsung bermula 4 Oktober 2024 sehingga 14 Oktober 2024 bermula  pagi dan berakhir sehingga tengah malam (selepas ini dikenali sebagai “Tempoh Program”). Setiap penyertaan yang diterima luar dari Tempoh Program tidak akan diproses bagi tujuan pemilihan pemenang bagi peraduan ini. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Program tanpa notis terlebih dahulu.
  3. Program ini adalah terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan nombor pengenalan diri yang sah (MyKad) (selepas ini dikenali sebagai ‘Peserta’) dalam tempoh peraduan, kecuali kakitangan Aafiyat Holdings Sdn Bhd dan kesemua anak syarikat termasuk Aafiyat Marketing Sdn Bhd, Country Area Manager (CAM) atau ejen-ejen dari Aafiyat Holdings Sdn Bhd dan ahli keluarga terdekat mereka.
  4. Setiap peserta yang menyertai peraduan ini akan didaftarkan secara terus tanpa sebarang notis sebagai pengguna Customer Web iaitu satu platform pengumpulan poin bagi pembelian produk Olive House.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat peraduan ini beserta keputusan Pihak Penganjur. Setiap keputusan Penganjur adalah muktamad dan mengikat, oleh itu sebarang tuntutan berkenaan keputusan tidak akan dilayan.

B – LANGKAH PENYERTAAN

  1. Setiap individu yang memenuhi langkah penyertaan dibenarkan menyertai peraduan ini dan diproses bagi tujuan pemilihan pemenang tiket. Pihak penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan berdasarkan budi bicara mutlaknya tanpa perlu menyatakan sebarang sebab.
  2. Tatacara untuk menyertai peraduan adalah dengan mengikuti kesemua langkah penyertaan di Instagram Olive House.

 

C- HADIAH

1. Hadiah Tiket Wayang yang ditawarkan oleh penganjur akan diberikan sebanyak dua (2) tiket kepada setiap pemenang

2.Pemenang tidak boleh memohon untuk menukar milik Hadiah yang telah dimenangi atau menukar Hadiah tersebut kepada nilai wang dan/atau lain-lain yang berkaitan untuk apa-apa sebab.

3.Pihak Penganjur berhak dengan budi bicara mutlak untuk menukar sebarang Hadiah pada nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Kesemua Hadiah yang diberikan adalah dalam bentuk seadanya.

4.Penghantaran Hadiah akan dibuat tanpa melibatkan sebarang kos penghantaran kepada Pemenang. 

5.Segala risiko yang berkaitan dengan Hadiah adalah tanggungjawab Para Pemenang dan Pihak Penganjur dikecualikan sepenuhnya daripada segala jaminan atau liabiliti berkaitan hadiah dan/atau apa-apa tindakan undang-undang.

6.Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan Pemenang dalam menerima Hadiah.

7.Pihak Penganjur berhak untuk menentukan apa-apa tindakan terhadap Hadiah yang tidak ditebus oleh Pemenang.

D- PENGUMUMAN PEMENANG

1.Pihak Penganjur akan mengumumkan Pemenang mengikut tarikh yang di nyatakan.

2.Pengumuman Pemenang dan penyampaian Hadiah kepada kesemua Pemenang bagi Peraduan tersebut akan diumumkan di media sosial rasmi pihak Penganjur iaitu di laman Instagram rasmi Olive House Malaysia

3.Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk menjalankan proses pengesahan terhadap Pemenang yang dipilih dan memenuhi butiran penghantaran Hadiah. Pemenang haruslah bersetuju untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak ketiga tersebut untuk memudahkan .

4.Pihak Penganjur akan menghubungi Pemenang bagi semua kategori Hadiah untuk membuat verifikasi maklumat dan pengesahan penerimaan Hadiah sebelum memproses Hadiah tersebut dan memaklumkan tempoh masa penghantaran kepada Pemenang.

5.Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan pemberian Hadiah kepada mana-mana Pemenang sekiranya Pemenang gagal memberi respon atau maklumbalas atau tidak menyediakan maklumat yang diperlukan dalam tempoh 72 jam selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur bagi tujuan pengesahan maklumat. Tiada pampasan (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) akan diberikan sebagai ganti rugi kepada Pemenang yang gagal memberikan respon, maklum balas atau maklumat yang diperlukan.

E- HAK PENGANJUR

1.  Pihak Penganjur berhak secara mutlak dalam menentukan atau meminda mana-mana terma dan syarat, atau menggantung atau menamatkan program, serta melakukan apa-apa keputusan atau aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta pada bilabila masa dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak. Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

2.  Keputusan Pihak Penganjur berhubung semua perkara yang berkaitan dengan Program ini, termasuk pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

3.  Pihak Penganjur tidak akan bertangunggjawab ke atas yang berikut:

a) Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam mengisi butiran atau maklumat akibat daripada sebarang ralat rangkaian, komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh talian internet semasa mengambil bahagian dalam Program Cabutan Bertuah. Sekiranya berlaku kesilapan, gangguan dan/atau kegagalan tersebut, Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan oleh mana-mana Peserta untuk menyertai Peraduan pada bila-bila masa;

b) Sebarang masalah, kerosakan atau kehilangan dalam apa jua bentuk kepada mana-mana Peserta, atau wakil mereka yang diberi kuasa akibat daripada penyertaan mereka dalam Program Cabutan Bertuah; dan

c)     ralat, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian internet, kecurian, pemusnahan atau akses tanpa kebenaran kepada butiran atau maklumat, yang timbul semasa operasi atau penghantaran akibat daripada fungsi pelayan, virus, pepijat atau sebab lain di luar kawalan. 

4.  Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan pada mana-mana gajet Peserta dan/atau pihak ketiga yang berkaitan dengan atau berpunca daripada akses kepada penyertaan dalam peraduan ini, termasuk memainkan, memuat turun apa-apa bahan atau maklumat daripada Laman Web yang berkaitan dengan Peraduan ini, penyerahan butiran atau maklumat peraduan, dan tidak terhad kepada sebarang kehilangan, penangguhan, kegagalan atau kerosakan data atau kepincangan fungsi lain.

5.  Penganjur berhak berdasarkan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang ditentukannya mengganggu proses penyertaan atau pengendalian peraduan, melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat Program ini.

6.  Penganjur berhak untuk membatalkan, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Program ini sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka di luar kawalan Penganjur.

7.  Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Program ini berserta keputusan Pihak Penganjur.

8.  Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memadam atau menambah Terma & Syarat ini tanpa notis awal pada bila-bila masa dan Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

9.  Terma & Syarat Program ini disediakan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

NOTIS PRIVASI

  1. Dengan menyertai Program ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Pihak Penganjur untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Program. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi yang lain, tanpa pampasan atau sebarang notis terlebih dahulu, untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan. Setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan untuk penggunaan maklumat penyertaan mereka kepada Penganjur.
  2. Pihak peserta juga bersetuju bahawa Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Pihak Penganjur juga dibenarkan untuk menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, produk, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau peraduan yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur.