fbpx

Terma & Syarat Cabutan Bertuah Olivie Sihat & Menang 2023

Penganjur, Peraduan & Tempoh

  1. Program Cabutan Bertuah Olivie Sihat & Menang (“Peraduan”) ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas kecuali kakitangan Aafiyat Holdings Sdn Bhd dan seluruh anak syarikat termasuk OHR Marketing Sdn Bhd, Country Area Manager (CAM) dan kakitangan, ejen-ejen di seluruh Malaysia serta anggota terdekat masing-masing.
  2. Tempoh Peraduan adalah pada 15 Jun 2023 sehingga 30 Disember 2023
  3. Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan, menghentikan atau menangguhkan Peraduan pada bila-bila masa semasa Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  4. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan Peraduan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami mahupun kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung timbul daripada atau berkaitan dengan pembatalan, penamatan atau penangguhan Peraduan oleh Penganjur.

 

Kriteria Kelayakan & Penghantaran Penyertaan

  1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta hendaklah membeli mana-mana produk jenama Olivie iaitu :
    • Olivie Plus 30x 250 ml
    • Olivie Power Up 340g
    • Olivie Power Up 100g
    • Set Ultra Pop
  1. Peserta hendaklah membuat pendaftaran dengan scan QR Code atau pada pautan yang disediakan (https://olivehouse.my/cabutan-bertuah-aafiyat-2023/) dan memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor telefon dan tempat pembelian dan KLIK HANTAR.
  2. Pembelian mana-mana produk Olivie (seperti dinyatakan pada poin no. 1) melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah.
  3. Pemenang Peraduan akan diumumkan sepanjang tempoh Peraduan pada setiap bulan di laman Facebook OliveHouse
  4. Peserta yang berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk pengesahan alamat bagi penghantaran hadiah.

Hadiah

Hadiah keseluruhan cabutan bertuah adalah bernilai RM 30,000 dan terbahagi kepada dua kategori:

    • Kategori 1
      • 20 unit hadiah bulanan kepada 20 pemenang untuk setiap bulan bermula Julai hingga November.
      • Senarai nama pemenang akan diumumkan melalui laman Facebook rasmi Olive House
      • Kategori 2
      • 10 unit hadiah utama kepada 10 pemenang pada akhir Peraduan.
      • Senarai nama pemenang hadiah utama akan diumumkan melalui Live di Facebook rasmi Olive House pada 31 Disember 2023.

 

 

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Pemenang perlu mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya pemenang tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini.
  2. Visual bagi hadiah yang dipaparkan menerusi bahan promosi Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipindah milik. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan.
  3. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan hadiah. Pemenang dan/atau warisnya juga bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur terhadap sebarang liabiliti.
  4. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

Notis Privasi

  1. Notis bertulis (“Notis”) ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak Penganjur atau “kami”). Dengan mengemukakan borang Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan penyimpanan dan pemprosesan data peribadi anda oleh Penganjur dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak tertakluk kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan maklumat lain yang kami perlukan daripada anda dalam borang Peraduan ini. Penganjur akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada Penganjur, untuk tujuan mengendalikan Peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).
  2. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh dikongsikan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, dan telahpun dikemas kini.

Hak Penganjur

  1. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menangguh pemberian hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana satu hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya. Penyerahan hadiah akan terbatal sekiranya pemenang gagal dihubungi dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman pemenang dibuat.
  2. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
  3. Penyertaan dalam Peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan bahawa peserta memberikan kebenaran yang tidak boleh ditarik balik (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun notis kepada peserta terlebih dahulu.
  4. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan dalam Peraduan ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.
  5. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Peraduan ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis kepada peserta dan peserta adalah tertakluk kepada perubahan tersebut.
  6. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan, sila layari Facebook Rasmi Olive House