fbpx

TERMA DAN SYARAT

A- TERMA DAN SYARAT PROGRAM SHARE & WIN!

  1. Program Share & Win! (selepas ini dikenali sebagai ‘Program Cabutan Bertuah”) ini adalah dianjurkan oleh Aafiyat Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 201401001447/ 1077520-K) yang beralamat di Level 5 & 6, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Penganjur’).
  2. Program Cabutan Bertuah ini akan berlangsung dari 10hb Mei 2024 sehingga 24hb Jun 2024 (selepas ini dikenali sebagai “Tempoh Program”). Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan secara tidak langsung dibatalkan serta merta. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Program tanpa notis terlebih dahulu.

  3. Program Cabutan Bertuah ini adalah terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan nombor pengenalan diri yang sah (MyKad) dalam Tempoh Cabutan Bertuah (selepas ini dikenali sebagai ‘Peserta’), kecuali kakitangan Aafiyat Holdings Sdn Bhd dan seluruh anak syarikat termasuk Aafiyat Marketing Sdn Bhd, Country Area Manager (CAM) atau ejen-ejen dari Aafiyat Holdings Sdn Bhd dan ahli keluarga terdekat mereka.

  4. Dengan menyertai Program ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Program Cabutan Bertuah ini berserta keputusan Pihak Penganjur. Setiap keputusan Penganjur adalah muktamad dan mengikat, oleh itu sebarang tuntutan berkenaan keputusan tidak akan dilayan.

B – LANGKAH PENYERTAAN

5.   Setiap individu dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih dari satu (1) penyertaan dan perlu mengulang semula ke semua tatacara di bawah untuk melengkapkan penyertaan. Pihak penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan berdasarkan budi bicara mutlaknya tanpa perlu menyatakan sebarang sebab.

6 .  Bagi peserta yang ingin memenangi pakej umrah, setiap peserta di beri tiga pilihan dalam menyertai Program Cabutan Bertuah ini iaitu pilihan pertama, peserta boleh melaksanakan dan melengkapkan kesemua langkah-langkah iaitu Follow’ Media Sosial Facebook Olive House Malaysia HQ, Like dan tingalkan jejak peserta di bahagian Comments pada posting Share and Win! atau pilihan yang kedua, di mana peserta yang mengikuti program Salam Baitullah dengan menyertai Kuiz Harian Sembang-Sembang Medsos di pautan Google form yang disediakan di laman Facebook Salam Baitullah, seterusnya ‘Follow’ Media Sosial Facebook Olive House Malaysia HQ, like dan tingalkan jejak peserta di bahagian comments pada posting Share and Win!. dan pilihan yang ketiga adalah Peserta boleh menjawab soalan kaji selidik yang disiarkan di facebook secara rawak atau peserta diberi peluang untuk menyertai mana-mana temuduga yang di lakukan sepanjang kempen Salam Baitullah ini berlangsung.

7.  Bagi Peserta yang ingin menyertai penyertaan ini, setiap Peserta hendaklah melaksanakan dan melengkapkan kesemua langkah-langkah seperti yang tertera di bawah

ATAU

Cara penyertaan peserta Kuiz Sembang-Sembang Medsos Salam Baitullah

ATAU

Cara penyertaan melalui soalan kaji selidik atau temuduga secara bersemuka

8.  Peserta dikehendaki untuk memastikan maklumat yang diberi adalah terkini dan tepat. Kandungan yang berunsur provokatif atau politikal, menyinggung perasaan atau menimbulkan persoalan tidak  akan diterima sama sekali.

 9. Hanya peserta yang mengisi borang pendaftaran yang lengkap dan mendapat verifikasi Pihak Penganjur sahaja berpeluang memenangi hadiah Program Cabutan bertuah ini. Pihak Penganjur berhak  untuk menyingkir atau membatalkan kelayakan Peserta sekiranya Peserta gagal melengkapkan prosedur tersebut dalam                          Tempoh Cabutan Bertuah.

C- HADIAH

10.  Hadiah keseluruhan Cabutan Bertuah yang ditawarkan oleh Pihak Penganjur adalah bernilai RM 50,000 yang mana ianya terbahagi kepada 4 jenis hadiah:

 • 2x Pakej Umrah (mengikut terma dan syarat yang  telah ditetapkan)

• 1x Android TV
• 1x Dinar Emas 2.13gm
• 500x Hadiah Eksklusif dari Olive Hous

11. Setiap pemenang hanya berhak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.1. Setiap pemenang hanya berhak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.

12. Peserta tidak boleh memohon untuk menukar milik hadiah yang telah dimenangi, menukar hadiah tersebut kepada nilai wang dan lain-lain yang berkaitan untuk apa-apa sebab.

13. Pihak Penganjur berhak dengan budi bicara mutlak untuk menukar sebarang Hadiah pada nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Kesemua hadiah yang diberikan adalah dalam bentuk seadanya.

14. Penghantaran hadiah akan dibuat tanpa melibatkan sebarang kos penghantaran kepada peserta. Sebagai pengecualian, Pihak Penganjur berhak mengenakan kos penghantaran sebanyak RM100 (bagi Semenanjung) atau RM200 (bagi Sabah atau Sarawak) terhadap pemenang yang gagal menerima pada penghantaran pertama.

15. Hadiah akan dihantar kepada alamat penghantaran yang diberi oleh pemenang setelah maklumat yang diberikan oleh pemenang disahkan oleh Pihak Penganjur. para pemenang dikehendaki untuk memastikan alamat penghantaran yang diberi adalah terkini dan tepat.

16. Bagi peserta yang memenangi Pakej Umrah, Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kos sampingan yang berbangkit selain dari apa-apa kos yang merangkumi Pakej Umrah tersebut.

17. Segala risiko yang hadir daripada hadiah mestilah diambil oleh Pemenang dan Pihak Penganjur dikecualikan daripada segala jaminan atau liabiliti berkaitan hadiah pada tahap sepenuhnya yang dibenarkan undang-undang.

18. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan peserta dalam menerima hadiah.

19. Pihak Penganjur berhak untuk menentukan bagaimana hadiah yang tidak ditebus akan diuruskan selepas itu.

D- PENGUMUMAN PEMENANG

20. Pihak Penganjur akan mengumumkan pemenang bagi hadiah Hadiah Eksklusif daripada Olive House bagi 500 orang pemenang dan seterusnya bagi hadiah Dinar Emas bagi 1 orang pemenang, Android TV bagi 1 orang pemenang dan Pakej Umrah bagi 2 orang pemenang yang telah mengikut terma dan syarat penyertaan bagi memenangi pakej umrah.

21. Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah kepada semua Pemenang bagi Program Cabutan Bertuah tersebut akan diumumkan di media sosial pihak Penganjur iaitu di laman facebook rasmi Olive House HQ (https://www.facebook.com/MalaysiaOliveHouse), laman facebook rasmi Salam Baitullah dan di ‘Live’ Sembang-sembang Medsos Salam Baitullah.

22. Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk menjalankan proses verifikasi terhadap Pemenang yang dipilih dan memenuhi penghantaran Hadiah. Peserta wajib bersetuju untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan kepada pihak ketiga tersebut untuk memudahkan proses-proses tersebut.

23. Pemilihan pemenang akan diproses mengikut jumlah penyertaan yang diterima ke program seperti tertera di jadual di bawah

24.Pengumuman pemenang akan diumumkan jika penyertaan peserta melepasi jumlah penyertaan mengikut jadual tarikh pengumuman pemenang yang tertera di jadual di atas. Bagi penyertaan yang tidak berjaya memenangi mana-mana Cabutan Bertuah pada pengumuman fasa pertama, penyertaan tersebut akan dibawa ke pengumuman seterusnya yang seterusnya. Penyertaan peserta adalah hanya tertakluk kepada Program Share & Win ini sahaja. 

25. Pihak Penganjur akan menghubungi setiap pemenang Cabutan Bertuah tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pemenang Cabutan Bertuah tersebut diumumkan bagi membuat verifikasi maklumat dan pengesahan penerimaan hadiah sebelum pemprosesan hadiah kepada peserta.

26. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan pemberian hadiah kepada mana-mana pemenang sekiranya pemenang gagal memberi respon atau maklumbalas atau tidak menyediakan maklumat yang diperlukan dalam tempoh 72 jam selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur bagi tujuan pengesahan maklumat. Tiada pampasan (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) akan diberikan sebagai hadiah ganti kepada pemenang yang gagal memberikan respon, maklum balas atau maklumat yang diperlukan.

E- HAK PENGANJUR

27. Pihak Penganjur berhak secara mutlak dalam menentukan atau meminda mana-mana terma dan syarat, atau menggantung atau menamatkan program, serta melakukan apa-apa keputusan atau aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta pada bila-bila masa dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak. Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

28. Keputusan Pihak Penganjur berhubung semua perkara yang berkaitan dengan Program ini, termasuk pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

29. Pihak Penganjur tidak akan bertangunggjawab ke atas yang berikut:

a) Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam mengisi butiran atau maklumat akibat daripada sebarang ralat rangkaian, komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh talian internet semasa mengambil bahagian dalam Program Cabutan Bertuah. Sekiranya berlaku kesilapan, gangguan dan/atau kegagalan tersebut, Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan oleh mana-mana Peserta untuk menyertai Peraduan pada bila-bila masa;

b) Sebarang masalah, kerosakan atau kehilangan dalam apa jua bentuk kepada mana-mana Peserta, atau wakil mereka yang diberi kuasa akibat daripada penyertaan mereka dalam Program Cabutan Bertuah; dan

c) Sebarang ralat, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian internet, kecurian, pemusnahan atau akses tanpa kebenaran kepada butiran atau maklumat, yang timbul semasa operasi atau penghantaran akibat daripada fungsi pelayan, virus, pepijat atau sebab lain di luar kawalan. 

30 Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan pada mana-mana gajet Peserta dan/atau pihak ketiga yang berkaitan dengan atau berpunca daripada akses kepada penyertaan dalam Program Cabutan Bertuah ini, termasuk memainkan, memuat turun apa-apa bahan atau maklumat daripada Laman Web yang berkaitan dengan Peraduan ini, penyerahan butiran atau maklumat Program Cabutan Bertuah ini, dan tidak terhad kepada sebarang kehilangan, penangguhan, kegagalan atau kerosakan data atau kepincangan fungsi lain.

31.   Penganjur berhak berdasarkan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang ditentukannya mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Program Cabutan Bertuah, melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat Program Cabutan Bertuah ini.

32. Penganjur berhak untuk membatalkan, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Program Cabutan Bertuah ini sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka di luar kawalan Penganjur.

33. Semua penyertaan yang dihantar mestilah sesuai untuk diterbitkan ke dalam mana-mana rangkaian sosial awam. Kandungan yang berunsur provokatif atau politikal, menyinggung perasaan atau menimbulkan persoalan tidak akan diterima sama sekali. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk membatalkan penyertaan dengan kandungan yang tidak sesuai.

34. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Program Cabutan Bertuah ini berserta keputusan Pihak Penganjur.

35. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memadam atau menambah Terma & Syarat ini tanpa notis awal pada bila-bila masa dan Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

36. Terma & Syarat Program Cabutan Bertuah ini disediakan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

NOTIS PRIVASI

1. Dengan menyertai Program Cabutan Bertuah ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Pihak Penganjur untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Program Cabutan Bertuah. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi yang lain, tanpa pampasan atau sebarang notis terlebih dahulu, untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan. Setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan untuk penggunaan penyertaan mereka kepada Penganjur.

2. Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Pihak Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, produk, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau peraduan yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur.