fbpx

TERMA DAN SYARAT

  1. ‘Webinar Percuma Paras Gula Mencanak di Hari Raya’ ini adalah dianjurkan oleh Aafiyat Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Pengajur’) yang beralamat di Level 5, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah.
  2. ‘Webinar Percuma Paras Gula Mencanak di Hari Raya’ ini adalah terbuka kepada individu (selepas ini dikenali sebagai ‘peserta’) yang berumur 20 tahun ke atas.
  3. Bagi peserta yang menyertai webinar percuma ini, peserta hendaklah melaksanakan langkah-langkah berikut:
  4. Peserta yang berjaya mendaftar akan diberikan pautan untuk sertai kumpulan di Whatsapp sebagai pemudahcara bagi urusan menyertai webinar semasa hari ia dijalankan.
  5. Di penghujung webinar, 5 peserta bertuah yang berjaya dalam sesi Jawab dan Menang akan menerima produk hamper secara percuma yang bernilai RM 50. Pemberian produk percuma ini adalah selagi stok masih ada.
  6. Hanya peserta yang hadir webinar, mengisi borang pendaftaran yang lengkap dan telah disahkan oleh pihak penganjur sahaja berpeluang menyertai dalam sesi Jawab dan Menang yang diadakan.
  7. Pihak penganjur akan menghubungi peserta bagi membuat pengesahan penerimaan sebelum produk dihantar kepada peserta.
  8. Penghantaran produk percuma akan dihantar tanpa melibatkan sebarang kos kepada pihak peserta.
  9. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan peserta dalam menerima produk percuma semasa proses penghantaran.
  10. Pihak penganjur berhak mengenakan bayaran perkhidmatan penghantaran sebanyak RM14 (semenanjung), RM40 (Sabah/Sarawak) bagi peserta yang ingin mendapatkan produk percuma selepas kegagalan pada penghantaran pertama.
  11. Penganjur berhak untuk menentukan “atau mengubah” segala terma dan syarat serta melakukan apa-apa keputusan, aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta “dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak”.
  12. Keputusan penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan webinar ini termasuk pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

NOTIS PRIVASI

  1. Dengan menyertai ‘Webinar Percuma Paras Gula Mencanak di Hari Raya’ ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi penganjur “atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh penganjur” untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan webinar ini. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi yang lain, tanpa pampasan atau sebarang notis terlebih dahulu, untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan.
  2. Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, produk, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau praduan yang dianjurkan oleh penganjur.