fbpx

Kepentingan Pensijilan Autentik KKM

Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa kebanyakan produk makanan yang dikatakan tulen dan asli adalah 80% tiruan? 
Sebagai konsumer, sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk diri dan kesihatan kita. Jadi bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa produk makanan tersebut betul-betul tulen dan asli?

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Skim Pensijilan Makanan Autentik bagi mengesahkan bahawa produk makanan tersebut adalah tulen. 

Antara produk yang layak untuk mendapat logo Autentik ini adalah: 

  1. Madu Lebah 
  2. Kopi 
  3. Sarang Burung Walid 
  4. Daging 

Tujuan Pensijilan Autentik ini adalah untuk memastikan produk makanan tidak bercampur dengan apa-apa bahan tambah lain kecuali yang diperlukan dalam pemprosesan makanan tersebut.

Penilaian yang dijalankan juga adalah untuk kawalan makanan autentik termasuk sistem jaminan keselamatan makanan meliputi aspek kebersihan dan keselamatan makanan, kebolehkesanan, verifikasi produk akhir, prosedur dan rekod yang berkaitan. 

Logo Autentik pada label ini menunjukkan bahawa makanan tersebut mengandungi ramuan atau bahan yang tulen contohnya seperti Madu Dari Pergunungan Kyrgyzstan daripada Olive House 

Jadi, jangan lupa; beli yang ori, makan yang kualiti! 

Sumber:

80 peratus madu tiruan di pasaran

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *