fbpx

Betulkah Minyak Zaitun Extra Virgin Mediterranean Berkualiti Tinggi?

Ramai pakar sejarah percaya bahawa Minyak Zaitun in berasal daripada kawasan Mediterranean.

Dan kita juga difahamkan bahawa mereka yang tinggal di kawasan Mediterranean ini telah mengamalkan ‘Diet Mediterranean’ untuk menjaga kesihatan mereka dengan Minyak Zaitun Extra Virgin sejak berkurun lamanya sehingga mendapat pengistiharan ‘Intangible Heritage of Humanity’ daripada UNESCO pada tahun 2010.

Morocco adalah salah satu negara di kawasan Mediterranean yang menghasilkan minyak zaitun ‘extra virgin’ yang berkualiti tinggi. Kebanyakan produksi minyak zaitun ‘extra virgin’ ini diproses di kawasan luar bandar. Minyak zaitun memang sebahagian makanan tradisional mereka dan ia juga digunakan sebagai ‘drizzle’ atau mereka akan mencicah makanan mereka dengan minyak zaitun.

Minyak Zaitun ‘extra virgin’ yang berasal daripada Morocco ini akan berasa sedikit pahit berbanding dengan minyak zaitun ‘extra virgin’ yang lain proses kerana proses penghasilan yang bertindak memaksimakan antioksida, satu komponen yang boleh menyokong imunisasi kesihatan badan kita. Antara prosesnya:

1. Proses penanaman di kawasan gurun yang panas dan berbatu – khasiat antioksidanya meningkat & berganda kerana pokok zaitun berusaha keras untuk terus hidup; \’survival instinct\’. Pokok terdedah terus kepada cahaya matahari dan akarnya masuk jauh lebih dalam kedalam tanah.
Kerana itu, ‘polyphenol’ lebih tinggi berbanding dengan minyak zaitun ‘extra virgin’ yang lain.

2. Perahan awal dari buah zaitun yang muda – Perahan ini memungkinkan kehadiran ‘oleocanthal’ (yang boleh dikesan dengan rasa sedikit pahit) yang sangat memberi manfaat kesihatan kerana berperanan seumpuma ubat tahan sakit Ibuprofen.

Komponen antioksida ini mampu untuk membantu mengurangkan risiko masalah kronik serta masalah kardiovaskular.

Selain daripada itu, minyak zaitun ‘extra virgin’ daripada kawasan ini juga tinggi dengan Vitamin E yang melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidanan dan nilai Vitamin D yang dapat membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan tingkan sistem imunisasi badan kita dengan pengamalan Minyak Olivie Plus 30x.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *