fbpx

Minyak Zaitun, Sahabat Jantung

Tidak dinafikan lagi bahawa minyak zaitun adalah sajabat jantung kerana ianya adalah antara makanan yang tidak diragui manfaatnya. Ianya kaya dengan asid lemak tidak tepu dan selalu dimakan bersama sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet Mediterranean.

Minyak zaitun extra virgin telah terbukti mampu untuk membantu menurunkan risiko penyakit 3 serangkai ; sakit jantung, darah tinggi dan kolesterol.

Kandungan hydroxytyrosol yang tinggi dalam minyak zaitun extra virgin juga merupakan antioksida yang bagus untuk kesihatan kardiovaskular kerana ia pengoksidaan yang menyumbang kepada pemendakan kolesterol dalam tubuh dihalang.

Serangan penyakit jantung atau kardiovaskular akan berlaku jika pengoksidaan tersebut tidak dihalang akibat saluran darah atau arteri tersumbat dan oksigen tidak sampai ke jantung.

Minyak zaitun extra virgin juga kaya dengan antioksida yang tinggi yang dipanggil polyphenol yang boleh membantu mengawal radikal bebas yang berlegaran dalam aliran darah dan apabila radikal bebas telah dihapuskan, aliran darah akan menjadi lancar dan lama-kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali.

Telah terbukti juga bahawa minyak zaitun extra virgin boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Ini kerana minyak zaitun extra virgin memgandungi antioksidan yang mampu menurunkan kada kolesterol atau lemak tidak baik.

Tetapi, pastikan ianya adalah minyak zaitun extra virgin yang asli!

Contohnya seperti minyak zaitun extra virgin Olivie Plus 30X yang boleh didapati daripada www.aafiyatmall.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *