Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menemukan bahawa satu daripada dua dewasa di Malaysia tergolong dalam kalangan berlebihan berat badan atau obes1. Ia bukanlah suatu berita yang boleh kita banggakan bahkan satu fakta penting yang perlu kita ambil cakna dan beri perhatian.
Gambar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Majoriti sedia maklum bahawa obesiti atau berat badan berlebihan meningkatkan pelbagai risiko kesihatan lain seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi, dan pelbagai lagi jenis penyakit yang akan memastikan hidup kita tidak tenteram2. Antara punca utama obesiti adalah faktor gaya hidup dan tiada yang mampu mengubah gaya hidup kita melainkan kita sendiri. Maka penting untuk kita kenalpasti adakah BMI atuu indeks jisim berat kita dalam kategori normal ataupun sebaliknya. Sekiranya ia melebihi pras idela maka sudah tiba masanya untuk kita mengubahnya, janganlah berlengah dan mulakanlah usaha sekarang juga!
Dalam suasana tahun baru ini, Olive House mengambil kesempatan untuk melancarkan kempen Change Now, yang bertemakan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan dari segi tahap kesihatan dan berat badan.
Di Olive House, kami telah bertungkus lumus mengumpulkan pelbagai saranan dan tips gaya hidup sihat daripada pakar nutrisi serta para penkaji yang berlandaskan ilmu dan penemuan kajian terbaru untuk dimanfaatkan kepada semua.
Tabiat pemakanan yang sihat merupakan senjata utama menghadapi wabak obesiti. Bagi mereka yang sudah lama mengamalkan minyak zaitun, sudah pasti tidak asing lagi akan khasiatnya. Tetapi tahukah anda minyak zaitun merupakan sumber lemak sihat yang padat dengan monounsaturated fatty acids? Asid lemak tersebut mampu membantu untuk membuatkan kita rasa lebih kenyang. Bahkan, satu kajian yang berdurasi 8 minggu mendapati bahawa mereka yang mengamalkan minyak zaitun menunjukkan penurunan berat badan yang lebih ketara daripada mereka yang mengamalkan diet rendah lemak3.
Selain minyak zaitun, pemakanan yang mampu membantu kita mengurangkan berat badan merupakan cuka. Cuka mempunyai asid asetik yang dijumpai untuk menghalang lipid daripada berkumpul di tisu adipos4. Secara ringkasnya, cuka boleh membantu menghalang lemak daripada terhasil. Bukan itu sahaja, cuka buahan asli membantu berpotensi untuk mengurangkan berat badan, indeks jisim badan, dan jumlah kolesterol dan trigliserida orang yang sihat dengan obesiti dengan ketara5.
Bagi mendukung usaha ke arah masa hadapan Malaysia yang lebih sejahtera, Olive House akan mengadakan jualan Fat Burner Set, selari dengan kempen Change Now yang berlangsung dari 15 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. Fat Burner Set ini bukan sahaja disertakan Olivie Plus 30 dan Sari Cuka Tin, malah, ia dilengkapkan lagi dengan rancangan pemakanan atau meal plan percuma yang disertai setiap pembelian daripada ejen-ejen untuk membantu lagi anda mencapai azam anda tahun ini.
Janganlah berlengah lagi, mulakan perjalanan anda, dan layarilah laman sesawang Aafiyat2U untuk maklumat lanjut bagi maklumat lanjut mengenai kempen Change Now dan Fat Burner Set atau dapatkannya terus daripada ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia atau buat pembelian di Aafiyat Store. Oleh itu, marilah sama-sama kita bulatkan tekad, demi kualiti kesihatan diri yang lebih baik. Jom, change now!
Rujukan
- Dr Moy Foong Ming & Dr Noran Naqiah Hairi, D. W. K. S. (2021, March 5). Letter: Obesity in Malaysia is a ticking time bomb. Malaysiakini. Retrieved January 14, 2022, from https://www.malaysiakini.com/letters/565417
- Centers for Disease Control and Prevention. (2021, March 22). Adult obesity causes & consequences. Centers for Disease Control and Prevention. Retrieved January 14, 2022, from https://www.cdc.gov/obesity/adult/causes.html
- Flynn, M. M., & Reinert, S. E. (2010). Comparing an olive oil-enriched diet to a standard lower-fat diet for weight loss in breast cancer survivors: a pilot study. Journal of women\’s health, 19(6), 1155-1161.
- Yamashita H, Fujisawa K, Ito E, Idei S, Kawaguchi N, Kimoto M, Hiemori M, Tsuji H. Improvement of obesity and glucose tolerance by acetate in Type 2 diabetic Otsuka Long-Evans Tokushima Fatty (OLETF) rats. Biosci Biotechnol Biochem. 2007 May;71(5):1236-43. doi: 10.1271/bbb.60668. Epub 2007 May 7. PMID: 17485860.
- Kondo T, Kishi M, Fushimi T, Ugajin S, Kaga T. Vinegar intake reduces body weight, body fat mass, and serum triglyceride levels in obese Japanese subjects. Biosci Biotechnol Biochem. 2009 Aug;73(8):1837-43. doi: 10.1271/bbb.90231. Epub 2009 Aug 7. PMID: 19661687.