Apabila kita menyebut tahun baru, minda kita akan menterjemahkannya sebagai peluang baru untuk mencapai aspirasi dan cita-cita kita. Walaupun kita faham bahawa masa bergerak dengan linear dan tahun hanyalah sekadar penanda, ia tidak menjadi penghalang untuk menganggapnya sebagai pintu kepada pelbagai potensi baru.
Kebanyakkan antara kita mempunyai azam untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik pada tahun ini dengan mula bersenam atau mungkin memperbanyakkan lagi tempohnya. Walaupun telah bertahun membuat azam yang sama, janganlah berputus asa kerana mungkin inilah tahunnya. Antara penghalang utama mencapai cita-cita kita merupakan motivasi kita sendiri. Antara tips mengekalkan motivasi adalah dengan melakukan perubahan secara berjemaah. Cari dan binalah “circle” yang positif dalam kalangan keluarga, rakan-rakan, atau rakan sekerja untuk sama-sama memajukan taraf kesihatan diri.
Di samping kita berusaha untuk mengejar aspirasi, carilah strategi yang sesuai untuk mengekalkan motivasi. Antara caranya adalah dengan membuat matlamat atau objektif yang kecil-kecilan dahulu sebelum menetapkan yang besar. Cabarlah diri untuk berjalan 1 km dahulu, kemudian tukarlah kepada 2km sebelum meletakkan sasaran larian 3km tanpa henti. Konsisten dan istiqamah adalah kunci utama dalam mengejar kemajuan dan kejayaan.
Tanggapan umum adalah senaman merupakan faktor utama untuk menjaga kesihatan. Sebenarnya faktor paling utama dalam mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik adalah tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang. Makanan di Malaysia merupakan kebangaan kita sebagai rakyatnya, malah, kelazatan makanan kita terkenal di seantero dunia. Tidak salah untuk menjamu diri dengan masakan Malaysia, akan tetapi, perlulah beringat untuk besederhana kerana apa jua makanan atau minuman tetap mendatangkan mudharat jika diambil secara berlebihan.
Walaubagaimanapun, pemilihan makanan masakan Malaysia adalah jauh lebih baik daripada makanan segera seperti kentang goreng, ayam goreng, serta minuman viral yang bermacam nama biasanya kaya dengan lemak tepu dan lemak trans serta pewarna dan pemanis tiruan yang semestinya akan memudaratkan kesihatan.
Antara tips kaedah hidangan yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah “Pinggan Sihat Malaysia: Suku Suku Separuh”. Ia bermaksud separuh pinggan sayuran tidak berkanji, suku pinggan karbohidrat dan suku pinggan protein1. Kaedah ini membantu kita mengawal kandungan gula dan kolesterol di dalam badan agar kita mampu menghindari diri daripada penyakit berbahaya seperti diabetes dan sakit jantung. Amat merisaukan apabila statistik di Malaysia menunjukkan satu dalam dua rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan manakala satu dalam lima dewasa di Malaysia menghidapi diabetes2,3.
Pemakanan merupakan faktor paling penting dalam memastikan hala tuju kesihatan kita samada terjaga atau tidak4. Jika kita melakukan senaman hari demi hari namun masih memakan tanpa henti segala jenis makanan yang mempunyai gula dan lemak tidak sihat secara berlebihan dengan nutrisi yang rendah, kita masih berisiko untuk menghidap penyakit yang berbahaya. Keseimbangan adalah kunci.
Pasti ramai akan bergembira apabila mendengar bahawa tidur juga memainkan peranan penting dalam memastikan kita mempunyai tahap kesihatan yang optimum. satu kajian, menunjukkan bahawa mereka yang tidur kurang daripada 7 jam satu malam mempunyai ‘Body Mass Index (BMI)’ purata yang lebih tinggi dan mengalami risiko obesiti yang lebih tinggi. Ini kerana tidur yang tidak cukup akan mengakibatkan pengekalan garam, menaikkan hormon ghrelin yang mengakibatkan rasa lapar, dan juga menurunkan sensitiviti insulin5.
Kesihatan dan kecerdasan tunjang kesejahteraan, jadi, marilah bersama-sama kita membuat perubahan yang bermula dengan diri kita. Jagalah diri dan kekalkan motivasi sepanjang tahun ini. Tiada yang lebih bermakna daripada kehidupan yang sihat aafiyat yang diluangkan bersama yang tercinta.
Bagi mendukung usaha ke arah masa hadapan Malaysia yang lebih sejahtera, Olive House akan mengadakan jualan Fat Burner Set, selari dengan kempen Change Now yang berlangsung dari 15 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. Fat Burner Set ini bukan sahaja disertakan Olivie Plus 30 dan Sari Cuka Tin, malah, ia dilengkapkan lagi dengan rancangan pemakanan atau meal plan percuma yang disertai setiap pembelian daripada ejen-ejen untuk membantu lagi anda mencapai azam anda tahun ini.
Janganlah berlengah lagi, mulakan perjalanan anda, dan layarilah laman sesawang Aafiyat2U untuk maklumat lanjut bagi maklumat lanjut mengenai kempen Change Now dan Fat Burner Set atau dapatkannya terus daripada ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia atau buat pembelian di Aafiyat Store. Oleh itu, marilah sama-sama kita bulatkan tekad, demi kualiti kesihatan diri yang lebih baik. Jom, change now!
Rujukan
- Intechnic, http://www.intechnic.com. (2020, February 1). What is the diabetes plate method? Diabetes Food Hub. Retrieved December 17, 2021, from https://www.diabetesfoodhub.org/articles/what-is-the-diabetes-plate-method.html
- National Health and Morbidity Survey. (2020, August). NHMS Factsheet. Ministry of Health Malaysia. Retrieved January 12, 2022, from https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/FactSheet_BI_AUG2020.pdf
- Berita Harian. (2020, May 29). 3.9 Juta Orang Berumur 18 Tahun Ke Atas di Malaysia Hidap diabetes. Berita Harian. Retrieved November 23, 2021, from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694197/39-juta-orang-berumur-18-tahun-ke-atas-di-malaysia-hidap-diabetes.
- Willett WC, Koplan JP, Nugent R, et al. Prevention of Chronic Disease by Means of Diet and Lifestyle Changes. In: Jamison DT, Breman JG, Measham AR, et al., editors. Disease Control Priorities in Developing Countries. 2nd edition. Washington (DC): The International Bank for Reconstruction and Development / The World Bank; 2006. Chapter 44. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK11795/# Co-published by Oxford University Press, New York.
- Cooper CB, Neufeld EV, Dolezal BA, Martin JL. Sleep deprivation and obesity in adults: a brief narrative review. BMJ Open Sport Exerc Med. 2018 Oct 4;4(1):e000392. doi: 10.1136/bmjsem-2018-000392. PMID: 30364557; PMCID: PMC6196958.