fbpx

Tragedi Makanan Campuran atau Palsu

Tidak dinafikan bahawa minyak zaitun banyak manfaatnya; mampu membantu untuk menurunkan kolesterol, melicinkan kulit, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan pelbagai lagi. Tetapi penyelewengan minyak zaitun ini juga mampu membawa masalah kesihatan jika ianya adalah minyak zaitun bercampuran dengan minyak lain seperti minyak jagung, minyak kacang, minyak sayur dan lain-lain. 

Ada kemungkinan label pada ‘packaging’ ditulis “Extra Virgin Olive Oil” tapi pada hakikatnya, bukan “Extra Virgin Olive Oil”. 

Pada tahun 1981, lebih daripada 600 orang telah meninggal dunia di Sepanyol akibat “Toxic Oil Syndrome” selepas termakan minyak biji sawi beracun yang telah dijual sebagai minyak zaitun.  

Selain daripada minyak zaitun palsu, terdapat banyak juga penjual yang menjual madu campuran atau madu palsu. Hal ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada para konsumer, contohnya seperti penyakit diabetes kerana kadar gula yang tinggi dicampur dalam madu campuran atau palsu tersebut. 

Madu palsu atau campuran adalah umpama racun. 

Kerana itu pentingnya pengiktirafan Skim Pensijilan Makanan Organik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengiktirafan ini hanya diberikan kepada makanan organik yang telah memenuhi kriteria pensijilan makanan organik serta selamat dan integriti makanan organik dikekalkan sepanjang rantaian makanan organik. 

Ia bermaksud, tiada sebarang racun serangga digunakan seawal pokok zaitun ditanam, dan minyak zaitun diperah tanpa penambahan bahan asing mahupun campuran dengan minyak sayuran yang lain ataupun madu yang diambil dengan tiada sebarang campuran bendasing yang boleh menjejaskan kualiti. 

 

Marilah kita menjaga kesihatan kita dengan pengambilan makanan yang asli dan organik di sini. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *