fbpx

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah Yang Lebih Sihat dan Berseri

Masih ramai yang tidak tahu akan khasiat minyak zaitun khusus kepada wajah. Terdapat kajian menunjukkan ia dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kulit muka seperti kulit kering, jerawat, jeragat dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dikatakan membantu memperbaiki parut luka, parut jerawat dan perbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Dalam pelbagai cara dan kaedah yang dicuba unutk tampil cantik dan anggun, perlulah berhati-hati akan kandungan bahan di dalam produk kecantikan khusus untuk kulit seperti paraben, resorcinol dan lain-lain dalam jumlah yang dibenarkan. Kesan sampingan penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan kimia tersebut dalam jangka masa panjang haruslah diambil kira.

Selain dari faktor luaran, faktor kesihatan dalaman sangat mempengaruhi kesihatan dan kecantikan kulit. Dari keadaan kulit juga boleh memberitahu akan tahap kesihatan seseorang. Banyak kajian yang menyatakan bahawa minyak zaitun adalah sejenis makanan yang menyihatkan serta mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Tetapi harus memilih dari jenis dan kualiti minyak zaitun yang betul untuk diamalkan.

 

Manfaat Minyak Zaitun Kepada Wajah

Minyak zaitun extra virgin kaya dengan asid lemak dan sterol tumbuhan, yang menjadikannya bahan yang baik  untuk membersihkan dan melembapkan kulit kering. Gunakan sebagai minyak urut, pencuci muka dan sabun buatan sendiri. Kajian menunjukkan bahawa kandungan asid lemak omega-3 yang bersifat anti-keradangan di dalam minyak zaitun dapat membantu mengatasi kerosakan kulit akibat keradangan.

Sebagai contoh, kerosakan daripada cahaya matahari yang membawa keradangan pada wajah seperti bintik-bintik penuaan, garis halus, kedutan, dan kemerahan. Menggunakan minyak zaitun pada wajah dapat melindungi kira-kira 20 peratus daripada sinaran ultraviolet (UV) yang berbahaya.

Ianya berfungsi sebagai ‘booster’ kepada protien ‘sun-block’ semulajadi yang berperanan melindungi kulit. Minyak zaitun juga mengandungi lemak yang disebut squalene. Ia mempunyai nilai squalene yang lebih tinggi berbanding lemak jenis lain. Ianya juga merupakan lemak semulajadi paling penting kepada perlindungan kulit. Justeru itu, pengambilan minyak zaitun meningkatkan perlindungan kepada kulit anda.

Minyak zaitun mengandungi antioksidan yang boleh membantu proses awet muda serta mencegah kerosakan akibat sinaran ultraviolet yang menyebabkan kanser. Selain itu juga ianya dikatakan menjadi salah satu bahan dalam terapi bagi pelbagai jenis kanser.

Pemakanan yang baik membekalkan khasiat kepada seluruh sisem tubuh termasuk kulit. Walaupun impak kaedah semulajadi mengambil masa berbanding produk bahan kimia, akan tetapi ianya bebas dari segala risiko akibat penggunaan bahan kimia dalam produk pelembap dan kecantikan.

Bagi mereka yang punyai jerawat, menggunakan sabun yang dibuat dengan minyak zaitun boleh membantu mengurangkan jerawat anda kerana ianya membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Minyak zaitun juga membantu untuk melembapkan dan menghidrat kulit anda. [Sumber Rujukan]

Minyak Zaitun dan Pencerahan Kulit

Minyak zaitun tidak mengurangkan melanin atau meningkatkan pengelupasan sel kulit iaitu sebahagian proses pencerahan kulit. Walau bagaimanapun, ia boleh membantu menghalang kerosakan dan pigmentasi dari cahaya matahari. Ia juga boleh mengurangkan kemerahan dan kedutan kulit.

Kegunaan Lain Minyak Zaitun Kepada Wajah

  • Sebagai ejen pembersih wajah dimana ia membolehkan air untuk bercampur dengan minyak dan kotoran dalam proses membersih.
  • Sebagai Ejen ‘pengemulsi’. Ia membolehkan bahan-bahan untuk dicampurkan dengan baik.
  • Sebagai Ejen Pelembap. Ia menghidrat atau membentuk perlindungan kepada kulit.
  • Sunblock semulajadi. Ia bertindak sebagai pelindung terhadap kesan pendedahan cahaya UV.