Melawan Penyakit Jantung dengan Minyak Zaitun
Pernahkah anda mendengar mengenai khasiat minyak zaitun yang mampu melawan penyakit jantung? Bagi individu yang mengamalkan pengambilan minyak zaitun dua sudu setiap hari, pastinya anda tidak berasa asing apabila mendengar mengenai fakta ini. Bagi yang pertama kali mendengarnya, ayuh kita kaji bersama mengenai hubung kait minyak zaitun dan kesihatan jantung.
Terlebih dahulu, anda perlu tahu mengenai punca penyakit jantung dan seterusnya bagaimana minyak zaitun membantu merawat masalah tersebut untuk memahami kaitan antara minyak zaitun dan jantung.
Sakit jantung atau disebut juga sebagai penyakit kardiovaskular, terjadi apabila aliran darah yang membawa oksigen ke otot jantung berkurangan dengan banyak atau dihalang sama sekali sehingga tidak sampai ke jantung.
Menurut kajian, terdapat dua jenis faktor yang menyebabkan seseorang menghidap sakit jantung iaitu:
- Faktor genetik
- Faktor persekitaran
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap sakit jantung, anda juga mempunyai kemungkinan untuk menghidap penyakit yang sama. Namun sekiranya ahli keluarga anda tidak menghidapi penyakit ini, tidak bermakna anda tidak berisiko untuk menghidapnya.
Anda juga berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung sekiranya anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi atau diabetes. Obesiti juga merupakan antara sebab sakit jantung terjadi.
Anda juga perlu mengelakkan faktor persekitaran yang lebih terjurus kepada amalan gaya hidup yang tidak sihat. Hal ini termasuklah dengan tabiat merokok, tidak bersenam dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.
Terdapat beberapa simptom penyakit kardiovaskular yang dapat anda perhatikan seperti sesak nafas, sakit pada bahagian atas tubuh badan, sering tercungap-cungap, kerap loya dan muntah, pening kepala, dan berpeluh sejuk.
Justeru, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, ia dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko sakit jantung. Selain dari bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, anda perlu mengamalkan pemakanan yang bernutrisi tinggi.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Jantung
Amalan pengambilan minyak zaitun mampu mengurangkan risiko sakit jantung. Bagaimana minyak zaitun mampu membantu mengekalkan kesihatan jantung? Berikut merupakan fakta hubung kait mengenai minyak zaitun dan jantung untuk pengetahuan bersama.
1. Minyak Zaitun Tinggi Asid Lemak Monotaktepu
[/fusion_title][fusion_text columns=\”\” column_min_width=\”\” column_spacing=\”\” rule_style=\”default\” rule_size=\”\” rule_color=\”\” hide_on_mobile=\”small-visibility,medium-visibility,large-visibility\” class=\”\” id=\”\” animation_type=\”\” animation_direction=\”left\” animation_speed=\”0.3\” animation_offset=\”\”]
Minyak zaitun merupakan sejenis minyak sihat yang mempunyai pelbagai kesan yang amat baik untuk tujuan kesihatan antaranya kepada kesihatan jantung. Minyak zaitun kaya dengan kandungan asid lemak mono tak tepu yang lebih dikenali sebagai asid oleik.
Ia berupaya membantu mengekalkan kesihatan jantung serta melawan radikal bebas yang boleh memberi impak negatif pada jantung dan seluruh tubuh badan anda. Ia boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol tidak baik dan meningkatkan kolesterol yang membantu mengekalkan kesihatan jantung anda.
2. Minyak Zaitun Tinggi Antioksida
Selain itu, minyak zaitun juga amat tinggi kandungan hydroxytyrosol yang merupakan antioksida yang paling berkuasa untuk kesihatan kardiovaskular. Hal ini kerana, ia dapat menghalang pengoksidaan dalam tubuh yang menyumbang kepada pemendakan kolesterol dalam saluran darah.
Jika pengoksidaan tersebut tidak dihalang, saluran darah atau arteri pasti akan tersumbat dan oksigen tidak dapat dibawa ke jantung seterusnya boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau serangan jantung.
Kandungan antioksida ini juga bertindak dengan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada tubuh seseorang selain menghalang pengaktifan gen dalam DNA yang menyebabkan keradangan.
3. Minyak Zaitun Bersifat Anti-keradangan
Di samping itu, minyak zaitun juga bersifat anti-keradangan yang membantu mencegah penyakit-penyakit kronik yang terjadi akibat keradangan dalam tubuh. Penyakit tersebut termasuklah sakit jantung, diabetes, dan pelbagai lagi.
Pengambilan minyak zaitun tentunya berupaya mencegah keradangan dan seterusnya melindungi jantung daripada risiko penyakit-penyakit yang tidak diingini. Jelaslah bahawa minyak zaitun dan jantung mempunyai kaitan dari sudut kesihatan.
Minyak Zaitun dan Pencerahan Kulit
Jika anda sudah membuat keputusan untuk mula mengamalkan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan harian, jom cuba amalkan “Extra Virgin Olive Oil” keluaran Olive House. Olive House merupakan pengeluar produk minyak zaitun asli yang terkenal di Malaysia. Produk “Extra Virgin Olive Oil” atau Minyak Zaitun Ekstra Dara keluaran Olive House telah mendapat sambutan serta testimoni yang memberangsangkan daripada para pengguna.
Bersempena kempen Hari Jantung Sedunia 2020 dengan tema “ USE TO BEAT , RM 1.00 akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia dengan setiap pembelian produk Minyak Zaitun Olive House terpilih.
Mari sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat untuk kesejahteraan hidup.