fbpx

Bahaya Penyelewengan Madu Palsu di Pasaran

Tatkala dunia semakin maju, manusia semakin bijak. Harga bahan juga semakin meningkat maka tidak hairanlah jika terdapat pembekal atau penjual yang sengaja menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk memalsukan makanan demi mengaut keuntungan sendiri. 

Mungkin dilabel tulis “ASLI” tetapi bahan yang digunakan dalam produk tersebut adalah sebaliknya tidak terkecuali madu. 

Pelbagai jenis agensi telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa lebih kurang 80 peratus daripada madu yang berada dipasaran adalah palsu. 

Madu jika asli, boleh menjadi ubat tapi madu juga boleh menjadi racun sekiranya ia palsu. 

Pengambilan madu palsu boleh menyebabkan diabetes atau kegemukan. 

Terdapat laporan dimana seorang individu mengamalkan pengambilan madu untuk kesihatan tapi sudahnya mengidap pelbagai jenis penyakit akibat kadar gula yang tinggi dalam gula yang terdapat dalam penghasilan madu tiruan atau madu palsu. Malahan, ada juga madu yang dicampur dengan alkohol. 

Pada tahun 2018, sebuah laporan telah dikeluarkan hasil daripada kajian eksperimental di UiTM, dengan menggunakan tikus makmal. Pada awalnya, tikus yang diberi madu palsu ini tidak menunjukkan sebarang kesan dalam jangka masa yang pendek (14 hari), namun dalam masa jangka panjang (16 minggu), tikus yang diberikan madu palsu ini telah meningkat berat badan dan mati lebih awal. 

Kerana itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebagai konsumer dalam membeli madu. Dapatkan madu asli yang telah mendapat pengiktirafan “AUTENTIK” daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di sini sekarang juga! 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *