fbpx

Batuk biasa atau Bronkitis?

Batuk adalah simptom gangguan atau tindak balas badan untuk membersihkan tekak dan saluran pernafasan atau penanda gejala sampingan yang mungkin berlaku seperti, demam, lendir atau kahak. 

Batuk kering yang tidak mengeluarkan lendir dikenali sebagai batu “tidak produktif” manakala batuk yang mengeluarkan lendir pula dikenali sebagai batuk “produktif” 

Kebanyakan  batuk adalah tidak merbahaya, akan tetapi jangan diambil remeh temeh kerana ia mungkin akan membawa kemudaratan yang berlarutan. 

Batuk yang berterusan dah mengeluarkan kahak boleh menjadi sesuatu yang akut (baru berlaku) dan kronik. Dalam erti kata lain batuk juga boleh menjadi suatu simptom bronkitis. 

Simptom-simptom bronkitis: 

  • Batuk yang berterusan 
  • Lelah atau sesak nafas 
  • Sakit dada 
  • Penat atau keletihan 
  • Keluar lendir atau mungkin bercampur darah
  • Sakit tekak 

Pastikan anda mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami batuk untuk jangka masa yang panjang. Jangan diambil remeh temeh kerana ia mungkin boleh mendatangkan risiko yang besar atas kesihatan anda. 

Jadi, mari kita amalkan superfood untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi badan kita untuk kehidupan yang lebih sihat. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *