fbpx

Cantik Luar Dalam dengan Jus Delima

Cantik di luar tidak semestinya menjaminkan dalaman kita juga cantik. Ramai yang hanya mengambil berat dengan rupa luaran dan tidak mengendahkan kesihatan dalaman kita. Tapi tahukah anda, kesihatan dan kecantikan luar dalam boleh dijaga dengan pengamalan jus delima?
Jus delima adalah salah satu bahan yang sering digunakan untuk perawatan kulit kerana ianya kaya dengan kandungan anti-mikrob, anti-radang, antioksidan dan anti-penuaan.

Jus delima mampu melembutkan serta melembapkan kulit kerana ianya berasal daripada tumbuhan yang kaya dengan Vitamin C yang memang telah terbukti bagus untuk kulit.

Menurut Dr. Rizal Abu Bakar, pakar otak dan kesihatan, pengambilan buah delima atau jus delima sehari, bagus untuk sistem imun dan mengawal tekanan darah dan pada masa yang sama, ia juga dapat membantu untuk melancarkan pembuangan serta menjadikan kulit berseri dan mencerahkan kesan parut.

Antara-antara manfaat yang anda boleh perolehi dengan mengamalkan jus delima ini adalah:
  • Kandungan antioksidan yang ada dalam jus delima mampu membantu untuk mengurangkan masalah jerawat. Jerawat berlaku akibat daripada jangkitan bakteria pada kalenjar minyak kulit dan bercampuran dengan kotoran yang lain. Ini boleh menyebabkan keradangan dan kandungan antioksidan dalam jus delima mampu untuk membantu mengurangkannya.
  • Bagi sesetengan wanita, kitaran haid yang tidak teratur boleh memberikan kesan kepada hidupan harian, serta pada kesihatan tubuh badan juga. Jus delima dapat membantu untuk menstabilkan hormon dan ‘regulate’ kitaran haid kepada normal.
  • Jus delima mempunyai antioksidan yang mampu membantu untuk memperbaiki kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Ianya juga bertindak sebagai anti-penuaan dan mengurangkan tompok-tompok hitam ataupun “age spot”. Peredaran mikro untuk mempebaharui sel-sel untuk melicinkan dan mencegah kedutan pada kulit adalah disebabkan oleh anthocyanidins, asid ellagic dan punicalagin yang terdapat dalam delima.
  • Buah delima juga mempunyai sebatian yang istimewa yang mampu untuk menghalang enzim-enzim yang memecahkan kolagen. Ianya juga membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit dengan memanjangkan hayat fibroblas, iaitu sel-sel yang menghasilkan kolagen dan elastin.

Pengambilan dan pengamalan pemakanan yang sihat dapat memberi kesan dan impak yang positif terhadap tubuh badan kita secara dalaman dan dapat dilihat secara luaran juga. Oleh itu, pengambilan jus delima asli daripada Olive House amat digalakkan bagi membantu kesihatan kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *