fbpx

Badan Lesu Tiada Kesudahan?

Madu asli adalah makanan hasil nektar yang diekstrak daripada ribuan bunga oleh lebah. Terdapat lebih kurang 320 jenis madu yang mempunyai pelbagai warna, bau dan juga rasa.

Madu asli biasanya mengandungi vitamin, mineral, zink, antioksida dan juga gula semulajadi. Ianya digunakan sebagai pemanis semulajadi atau pemanis ‘natural’. Ianya juga mampu bertindak sebagai anti keradangan dan juga anti bakteria.

Dari segi kesihatan, madu selalunya digunakan untuk merawat batuk dan luka.

Tapi tahukan anda bahawa madu juga boleh membekalkan tenaga segera? Ini dapat dibuktikan dengan beberapa kajian.

Pengamalan mengambil atau memakan madu telah wujud sejak azali lagi dan ianya kekal sehingga sekarang.

Malahan, pakar nutrisi juga menyarankan para atlet untuk memakan madu asli atau snek yang mengandungi madu asli sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Kajian daripada Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis mengatakan bahawa adalah baik untuk mengambil madu sebelum bersenam kerana ianya adalah pilihan karbohidrat yang terbaik.

Anda boleh mengambil madu setiap pagi selepas bangun tidur, sebelum sarapan ataupun sebelum melakukan aktiviti fizikal.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di University of Wyoming, di Amerika, pengambilan madu juga dapat meningkatkan tahap serotonin, yang berkait rapat dengan ‘mood’ gembira di dalam otak. Oleh itu, madu juga dikenali sebagai ‘mood booster’.

Selain itu, ianya jiga membekalkan tenaga serta meningkatkan ‘mood’, madu juga dapat membantu mengurangkan batuk. Ianya dianggap sebagai suatu ubat semulajadi untuk merawat sakit tekak dan batuk sekaligus meningkat imuniti badan anda.

Tidak dinafikan bahawa madu memang mempunyai pelbagai jenis khasiat yang mampu memberikan impak yang positif terhadap badan. Tetapi, adalah penting untuk anda mengenalpasti jika madu itu adalah palsu atau tidak. Lebih banyak mudarat daripada manfaat jika anda terambil madu palsu atau madu tiruan.

Jadi, anda boleh amalkan gaya hidup yang sihat dengan pengambilan Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan daripada www.aafiyatmall.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *