fbpx

Ancaman Diabetes : 5 juta Rakyat Malaysia berisiko tinggi

Seramai lima juta rakyat Malaysia berisiko menghidap pradiabetes dan diabetes dengan kebanyakannya tidak menyedari kerana tidak menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan awal. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sebanyak 76 peratus daripada jumlah itu dikatakan tidak melakukan saringan kesihatan atau mendapatkan rawatan sehinggalah dikesan menghidap penyakit itu. Beliau berkata, kebanyakan mereka juga tidak sedar berdepan penyakit diabetes sekiranya tidak menjalani pemeriksaan.

Mengejutkan, bukan? Ini adalah disebabkan kebanyakan individu di negara ini mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat seperti tidak bersenam dan mengambil makanan secara berlebihan.

Menurut statistik, 1 dari 5 individu di Malaysia berisiko menghidap Diabetes yang bermaksud 3.9 juta dari kalangan individu berumur 18 tahun ke atas merupakan penghidap Diabetes

Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik ini, hampir separuh daripada individu yang mengalami diabetes ini tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya.

KURANG KESEDARAN KERANA TIADA SEBARANG SIMPTOM

Kebiasaannya, tiada simptom yang menunjukkan bahawa individu berkenaan mempunyai masalah kesihatan berkaitan diabetes.

Perkara inilah yang menyumbang kepada statistik Diabetes yang tinggi di Malaysia!

Lebih memburukkan keadaan lagi, situasi ini berlarutan sehingga individu terbabit mengalami masalah kesihatan lain seperti serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah, menjadi buta serta terpaksa berdepan prosedur pemotongan anggota badan yang biasa melibatkan Diabetes Type 2.

Secara ringkasnya, antara simptom bagi penyakit diabetes jenis 2 adalah peningkatan paras gula dalam darah, kehilangan berat badan secara mendadak, sentiasa berasa lapar, kerap dahaga dan kencing, mengalami keletihan serta gangguan emosi, luka lambat sembuh dan penglihatan menjadi kabur.

PENGAMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan, mengekalkan berat badan seimbang, menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus, serta meningkatkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit seminggu, dipercayai dapat mencegah dan melambatkan kesan penyakit. 

Dalam masa yang sama, individu yang menghidap diabetes disarankan untuk melakukan pemeriksaan berkala, saringan dan rawatan untuk risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, tahap kolesterol dan obesiti.

Pengambilan makanan superfood seperti minyak zaitun dan menggantikan gula putih dengan madu sebagai pemanis semulajadi turut disarankan agar dapat menghindari gejala penyakit Diabetes.

Semoga kita sentiasa diberi kesedaran terhadap bahayanya penyakit Diabetes ini yang merupakan antara pembunuh senyap.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1238549/5-juta-rakyat-malaysia-berisiko-hidap-penyakit-kencing-manis

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *