Alhamdullillah, tahun ini dapat panggilan untuk menjadi tetamu Allah setelah sekian lama menanti. Sudah semestinya perasaan teruja dan “happy” tu membuak-buak.
Nampaknya, kini telah hampir memasuki musim ramai dalam kalangan umat Islam sedang berangkat untuk menunaikan ibadah Haji. Mesti tak sabar nak sampai di ‘Rumah Allah’ bukan? Jadi, di samping membuat persiapan diri untuk ke rumah Allah, persiapan dari segi kelengkapan dan makanan yang bakal dibawa ke sana juga adalah penting. Kena ada checklist barang haji supaya tak tertinggal!
Jadi ini antara Checklist Barang untuk keperluan buat para jemaah Haji:
Barang Mandian:
1. Syampoo Rambut – Sederhana
2. Syampoo Badan – Sederhana
3. Sabun Basuh – 1 Buku (kalau tak cukup nak beli liquid atau serbuk punya pun boleh di sana). Nak hantar dobi pun boleh tapi basuh sendiri lagi senang. 30 minit dah kering.
4. Ubat Gigi – Sederhana
5. Berus Gigi
6. Pencuci Muka
7. Pelembab Muka – Tak wangi & sah solat
8. Deodorant – Tak wangi & sah solat
9. Tuala Wanita (sana mahal dan susah cari size)
10. Pampers/Panty Liner panjang tebal (Jika kerap terkencing)
11. Kain Batik – 2 helai
12. Tuala Mandi
13. Kain Basahan yang Bergetah (spt berkemban) optional
14. Kain pelikat – Digunting cantuman (tidak menjadi kain sarung) – utk lelaki
15. Tali ampaian
16. Hanger baju lipat . Jual di shopee
17. Pengepit baju
18. Hanger kecil utk ampai seluar dalam
19. Extension Wire
20. International Charger
21. Pisau Cukur
22. Gunting kecil – Tahalul
23. Ketip kuku
24. Sikat rambut.
25. Sejadah sederhana tebal. – solat di bilik @ jamaah di hotel
26. Buku Tulis @ Pen – Ada kuliah Haji & info2 Haji
Pakaian :
1. Baju Kurung – 2 Psg
2. Baju Jubah – 3 Pasang
3. Baju tidur : Kelawar@ T-Shirts
4. Seluar Panjang – pakai dalam jubah (elak kain terselak oleh angin)
5. Telekung – 4 pasang (1 pasang dipakai semasa di padang Arafah warna putih)
6. Tudung Ziarah –
7. Beg sling spare – letak HP, buku doa dsb. (biasanya beg sling @ sandang TH cepat putus)
8. Pin baju – semat name tag bertali di telekung
9. Pin bayi – semat kain ihram
10. Kain Ihram – 2 pasang
11. Baju Jubah
12. Baju Melayu/Kurta
13. Seluar panjang
14. Kain pelikat
15. Seluar dalam
16. Seluar dalam pakai buang untuk wanita waktu kerja haji . Senang buang terus kalau terkena najis.
16. Baju T-shirts
17. Bekas Botol Air utk minum
18. Ubat- Ubatan dan Vitamins
19. Kasut – Cari kasut utk walking shoes @ Selipar Jalan yg selesa
20. Botol spray untuk wudhu’
21. Minyak urut panas (kita akan banyak jalan memang amat perlu)
22. Minyak urut gamat
22. Minyak Geliga @ Minyak kapak
23. Beg uncang – utk simpan selipar
24. Lotion tidak berbau wangi – kulit2 akan kering sebab banyak berjalan atau cuaca panas. Kalau waktu buat Haji tu boleh sapu2 dekat tapak, jari kaki dan tangan.
Kegunaan Di Padang Arafah @ Muzdalifah @ Mina :
1. Buku Doa & 100 doa
2. Al Quran kecil
3. Tasbih – zikir
4. Penyangkut bentuk “S” – 2 unit semasa sangkutkan plastik barang2 mandian & pakaian.
5. Plastik utk sangkut dlm bilik air
6. Beg Tarik TH
7. beg spare – mcm beg biru ikea
8. Bekas simpan air @ Kole Air (untuk ambik air panas di Mina) @ termos kecil
9. Selipar Tandas yang boleh sarung stoking. Sebab nak ke tandas kena jaga aurat juga. Akan selisih lelaki perempuan.
10. Payung Foldable beli dekat shopee
11. Tali Rafia – utk ikat khemah yg koyak atau buat langsir dan penyidai
13. beg uncang utk kutip batu
14. plastik ais cream – 1 plastik isi 7 anak batu & ikat ( utk melontar)
Untuk barang terakhir ni paling penting dan pastikan jangan terlupa iaitu Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x. Ia boleh memberikan tenaga kepada kita dan juga boleh juga di sapu di kulit untuk melembabkan kulit kita semasa di sana. Semoga anda semua mendapat Haji yang Mabrur.