Istilah ‘Scandal’ ataupun Kekasih Gelap sering kita dengari di media sosial mahupun menjadi buah mulut masyarakat kita. Namun, isu scandal di tempat kerja sering juga berlaku tidak kira lelaki mahupun perempuan. Lebih teruk lagi jika skandal di kerja itu berlarutan sehingga berlakunya adegan yang tidak sepatutnya dilakukan. Apatah lagi melibatkan pasangan yang telah memiliki suami atau isteri.
Haa, mesti korang tertanya-tanya kan ? Bagaimana isu scandal ini boleh berlaku terutamanya di tempat kerja ? Kat sini ada 10 sebab mengapa isu tersebut berlaku. Sebelum jangan stress lagi dan jangan nak melenting tak tentu pasal dan serbu tanpa usul periksa. Yang penting sapu dulu Calm and Comfort untuk bagi korang semua dapat baca dengan relaks…
1. Sifat dan tabiat.
Percayalah bahawa tabiat buruk lelaki atau perempuan yang suka dirinya menjadi kekasih gelap adalah punca berlakunya skandal di tempat kerja. Bagi mereka jika mereka menjadi buruan lelaki mahupun wanita, mereka menjadi lebih popular dan istilah “playgirl” atau “playboy” akan digunakan bagi menerangkan secara jelas jenis lelaki atau wanita tersebut.
2. Kalah dengan pujuk rayu.
Kadangkala secara langsung kita menidakkan mahu terlibat dengan skandal di tempat kerja tetapi atas sebab dan faktor tertentu akhirnya kita tewas jua. Bergantung kepada bagaimana pasangan “memujuk” untuk menjadikan kita pasangan skandalnya, jika tewas atas rayuannya maka tentunya kita akan terlibat dalam skandal di tempat kerja. Ada juga yang tergoda pula sebab wajahnya yang terlalu seri.
3, Mengisi kekosongan hati.
Hubungan rumahtangga yang tidak stabil boleh menjerumuskan seseorang memiliki skandal. Tanpa dicari, kadangkala zahiriah raut wajah kita boleh menceritakan segala-galanya tentang kesunyian kita kepada rakan sekerja yang pasti mengambil kesempatan kepada diri kita.
4. Terlalu terhutang budi.
5. Silap meluahkan perasaan kepada orang yang salah.
Emosi yang terganggu di rumah tidak sepatutnya dibawa ke tempat kerja. Apatah lagi sekiranya masalah itu dikongsi bersama rakan sekerja yang bukan sejenis. Dari hari ke hari akan mendatangkan simpati yang akhirnya membuatkan mereka lebih rapat dan kemesraan akan timbul jua akhirnya.
Jadi, antara tips kepada mereka yang sering ’emo’ ataupun emosi yang tak terkawal akibat pelbagai masalah yang dihadapi di tempat kerja mahupun ketika di rumah. Anda boleh cuba untuk amalkan minum jus delima kerana Delima boleh membantu menyeimbangkan hormon kewanitaan (estrogen).