Ekzema ? Apa itu ?
Mungkin ada antara kita yang pernah dengar dan ada juga yang tidak pernah dengar mengenai Ekzema ini. Kira-kira 20 peratus rakyat di Malaysia menghidap Atopic Dermatitis (AD) ataupun penyakit kulit dikenali lebih dengan Ekzema. Ia sering ditemui dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Lebih kurang 15-20% kanak-kanak dan 3-5% orang dewasa di seluruh dunia.
Penyakit ini berkait rapat dengan faktor genetik namun ianya penyakit yang tidak berjangkit antara satu sama lain. Faktor genetik menyebabkan kulit mengalami kerosakan, tindak balas sistem keimunan yang berbeza, seterusnya menyebabkan kulit hilang fungsi sebagai pelindung, berlaku alahan dan rengsa.
Jenis-jenis Ekzema
Tanda ekzema pada kulit agak berbeza bergantung kepada jenis ekzema. Antara jenis ekzema adalah
Faktor Ekzema
Antara sifat utama penyakit ini ialah menyebabkan kulit berasa sangat gatal dan merah. Ruam berbiji atau berair mungkin dialami pada bahagian muka, kulit yang berlipat seperti leher, depan siku dan pelipat lutut. Kulit juga akan kelihatan kering. Pada masa kini, tiada penawar jangka panjang untuk penyakit ini. Namun, Ekzema berpunca daripada pelbagai faktor salah satunya adalah faktor genetik atau keturunan yang tidak dapat dielakkan. Selain pada itu, antara faktor pencetus ekzema adalah :
Rawatan Ekzema
Rawatan yang paling penting untuk ekzema ialah penjagaan asas kulit. Sabun dan pelembab yang sesuai perlu sentiasa digunakan. Kebersihan diri amatlah perlu dijaga terlebih dahulu. Penggunaan pelembab ialah langkah paling penting untuk mengawal penyakit ekzema kerana kebanyakan pesakit mempunyai kulit kering. Tahukan anda, Tokotrienol Vitamin E boleh juga memainkan peranan sebagai pelembab yang sangat baik yang membantu mengekalkan kulit sihat dan lembut.Nutrien berharga ini boleh mengunci kelembapan ke dalam kulit dan menghalang dehidrasi. Vitamin E mampu menembusi kulit secara mendalam dan memberikan pertahanan spektrum luas terhdapa tanda-tanda penuaan kulit dari dalam ke luar.
Nak kulit Cantik amalkan pengambilan Vitamin E. Jadi, di apakah produk yang mempunyai kandungan Vitamin E. Sudah semestinya Tokotrienol Softgel, produk yang mendapat Farmatag atau sticker akuan kelulusan dari KKM dan dijamin selamat untuk di ambil oleh pengguna.