fbpx
demam

Kerap Demam Musim Hujan? Ini Solusinya!

Musim hujan yang kian melanda, dengan keadaan suhu yang rendah dan cuaca yang sejuk kini menjadi faktor rata-rata orang kerap mengalami demam. Ini ada beberapa solusi untuk kebahkan demam anda dengan secara semulajadi. 

Rehat 

Kerja memang takkan habis jadi ada baiknya jika anda berehat. Tiada gunanya untuk memaksa diri untuk bekerja jika badan tidak berada dalam keadaan yang sihat optimum. Bagaimana anda hendak melakukan kerja dengan baik jika kesihatan anda terabai? 

Tidak salah jika anda mengambil masa rehat untuk tidur, memberi peluang kepada sistem imunisasi anda untuk pulih agar ianya dapat berfungsi dengan baik. Kalau tak boleh tidur, mungkin anda boleh membaca buku, mendengar podcast atau audio. 

Minum air yang secukupnya. 

Kekurangan air boleh menyebabkan demam bertahan dengan lebih lama. Bila kita demam, kita akan berpeluh, jadinya kita perlu gantikan air dalam badan dengan meminum air yang secukupnya. Lagipun, setiap sistem dalam badan kita, termasuklah sistem imunisasi kita memerlukan air yang secukupnya untuk berfungsi secara optimum. 

Adalah lebih baik jika anda meminum air masak dan elakkan minuman yang mempunyai kafein. Ini kerana kafein akan membuatkan anda membuang air kecil dengan banyak dan menyebabkan badan anda memerlukan lebih lagi air. 

Berpakaian santai 

Antara salah satu cara untuk kebahkan demam adalah dengan memakai pakaian yang santai dan tidak tebal. Ini kerana pakaian yang santai ataupun ringan mampu untuk menyejukkan badan. Pakaian yang tebal mungkin akan memerap haba dan menaikkan lagi suhu badan. 

Mengambil superfood

Ramai yang tidak tahu bahawa pengambilan superfood juga memainkan peranan yang penting dalam kesihatan. Contohnya seperti minyak habbatus sauda yang telah banyak kajian laporkan bahawa ianya mampu untuk membantu melawan demam dan sekaligus meningkat sistem imunisasi badan.  

Jika demam anda masih tidak kebah dalam jangka masa yang lama, adalah amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan. Jangan ambil mudah walaupun ianya kelihatan ringan. Tiada apa yang patut diambil remeh temeh mengenai kesihatan tubuh badan kita.  

Jadi, marilah kita amalkan gaya hidup yang sihat dan amalkan superfood Minyak Habbatus Sauda daripada Olive House dalam kehidupan harian kita untuk tingkatkan tahap kesihatan kita.  

Jangan lupa untuk dapatkannya daripada di sini di mana anda boleh beli yang ori dan makan yang kualiti! 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *