fbpx

Tak Kenal Maka Tak Cinta. Lemak baik vs lemak jahat!

Ramai antara kita, masih keliru antara lemak yang baik dan lemak yang jahat. Kita perlu jelas ya supaya kita dapat mengekalkan kesihatan badan kita dan ahli keluarga kita.

Lemak merupakan salah satu kelas makanan yang semestinya perlu diambil dalam diet harian yang seimbang. Tak boleh nak abaikan terus pengambilan lemak dalam diet kita.

Cumanya rata-rata kita tidak tahu ataupun mungkin tidak sedar tentang lemak yang diambil lebih kepada lemak jahat.

Jom kita kenali Lemak Jahat dan Lemak Baik.

Apa itu lemak jahat?

Lemak jahat yang pertama adalah LEMAK TRANS (transfat). Ianya terdiri daripada makanan proses, kentang goreng, burger dan lain-lain.

Lemak jahat yang kedua pula adalah LEMAK TEPU (saturated fat). Ianya diperoleh dari sumber haiwan seperti daging lembu, daging merah, kulit ayam dan sebagainya.

Apa itu lemak baik?

Lemak baik yang pertama adalah LEMAK TAK TEPU (monounsaturated fat). Lemak ini yang biasanya diperoleh dari sumber buah buahan dan juga tumbuhan. Sebagai contoh Zaitun, Buah avocado dan sebagainya.

Tahukan kita? Sedar tak sedar, jarang orang nak ketengahkan tentang lemak sihat ni kan. Dengar ja lemak wajib tak nak makan. Walhal lemak sihat inilah yang banyak disarankn untuk kebaikan kesihatan jantung bagi mereka yang jelas tentang manfaatnya.

Selain itu, bagi yang berhajat untuk turunkan berat badan juga tak kurang baiknya juga untuk mengamalkan lemak sihat ni.

Lemak visceral (visceral fat) yang biasanya menyebabkan kegemukan ataupun kebuncitan yang amatlah sukar untuk dipecahkan.

Namun, apabila kita mengamalkan untuk ambil minyak zaitun dan juga senaman yang istiqamah, kedua-dua kaedah ni sangat membantu untuk pembakaran lemak visceral. Sudah semestinya hajar ataupun azam untuk mendapatkan berat dan bentuk badan yang ideal bukan suata perkara yang mustahil. Insya Allah akan tercapai.

Akhir sekali, sudah semestinya semua ini akan lebih baik dengan penjagaan emosi yang baik dan juga pemilihan makanan-makanan yang berkalori rendah.

Jom sama-sama kita amalkan zaitun, lemak sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik. Dapatkan OLIVIE PLUS “EXTRA VIRGIN” MINYAK ZAITUN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *