Dah cuba banyak cara tapi masih tak kurus..
Tidak dinafikan, ramai orang yang mencari tips kurus secara atas talian ataupun online sahaja. Ramai juga yang ingin kurus kerana ingin mengelakkan daripada mendapat penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang. Nak kurus pun perlukan bimbingan yang makan kerana kurus bukan sahaja senaman tapi pemakanan yang sihat perlu diamalkan.
Jika kita perhatikan, sekarang ini terlalu banyak produk beracun dan bercambah juga produk untuk menurunkan berat badan yang berada di pasaran. Tambahan pula, ia mudah didapati dengan belian atas talian sahaja.
Perkara yang lebih menarik lagi, segala produk tersebut dikatakan dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat. Dalam erti kata lain ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.
Persoalannya, bolehkah kita kurus tanpa bantuan sebarang produk pelangsing badan? Jawapannya ialah YA! Kita boleh melakukan pelbagai kaedah tanpa sebarang kesan sampingan.
Justeru, mari ikuti perkongsian 6 tips untuk kurus tanpa sebiji ubat yang perlu dimakan. Malah yang paling penting sekali adalah kurus dengan sihat.
1. Tetapkan target berat yang realistik.
Semua orang ingin menurunkan berat badan dengan pantas. Namun, penurunan berat badan yang realistik adalah sekitar 0.5 hingga 1 kilogram seminggu. Untuk mencapai penurunan ini, anda perlu membakar sekitar 500 hingga 1000 kalori setiap hari. Kajian menunjukkan Minyak Zaitun membantu dalam penurunan berat badan kerana tinggi lemak sihat (Flyn, 2010)
Sebelum mula berdiet, tetapkan berat badan yang anda inginkan. Sebagai contoh, tetapkan target penurunan berat badan sebanyak 10 kilogram. Kemudian, sediakan pelan senaman dan diet yang bersesuaian supaya ia boleh dicapai.
2. Jangan tinggalkan sarapan pagi.
Semua orang ingat nak kurus adalah kita kena kurangkan makan dan sampai satu tahap kita mengabaikan sarapan pagi. Akan tetapi ia tidaklah membantu sama sekali dalam menurunkan berat badan.
Malah, menurut Dr. Elizabeth Ward yang turut menulis buku The Pocket Idiot’s Guide to the New Food Pyramids, kajian menunjukkan mereka yang makan sarapan mempunyai BMI yang lebih rendah dan dapat fokus dengan lebih baik di tempat kerja atau di sekolah. Jadikan amalan Minyak Habbatus Sauda kerana ia dapat membantu untuk menunjukkan kesan pengurangan berat badan termasuklah pengurangan ukur lilit pinggang (Mahdavi et al. 2015).
3. Jangan makan terlalu banyak pada waktu malam.
Hadkan masa makan pada waktu malam. Elakkan mengambil makanan berat sebelum tidur atau snacking di hadapan televisyen. Jika anda inginkan sesuatu yang manis, pilih makanan yang sihat seperti madu, yogurt atau teh herba.
Selain itu, elakkan membeli terlalu banyak makanan ringan. Tambah makanan yang sihat seperti buah-buahan, jus buah dan sayur-sayuran untuk mengelakkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Amalan lemak baik juga lebih baik daripada mengamalkan diet lemak (tidak mengambil lemak langsung).
4. Banyakkan bersenam atau senaman.
Walaupun anda boleh turunkan berat badan tanpa senaman, aktiviti fizikal boleh mempercepatkan lagi penurunan berat anda. Senaman juga boleh membakar lebih banyak kalori, lebih daripada apa yang mampu bakar dengan diet semata-mata. Sebagai contoh berjalan 10,000 langkah sehari untuk hidup secara sihat.
Selain itu, senaman juga mempunyai banyak lagi manfaat lain. Ia dapat membuatkan mood anda jadi lebih baik, menguatkan jantung (olivie) dan menurunkan tekanan darah. Selain bersenam amalkan jus detoks juga boleh membantu untuk proses pembuangan toksin dalam badan kita dengan mengunakan sari cuka tin.
5. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sebagai permulaan, ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Yang paling penting sekali adalah cuba kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran setiap kali kita makan. Kita boleh mulakan hari ini dengan semangkuk salad atau buah-buahan segar seperti buah delima.
6. Ubah perspektif anda dan berdisiplin.
Bukan mudah untuk kekal berdisiplin dan teruskan berdiet serta bersenam dalam satu tempoh masa yang panjang. Malahan ia perlu dijadikan habit dan perlu konsisten. Tidak mengapa jika anda gagal sekali sekala. Namun jangan sesekali mengalah dan cuba semula keesokan hari. Lama-kelamaan kita akan mendapatkan hasil yang kita ingini.
Jom, kita mula berdiet sekarang! Yang paling penting jangan stress. Walk The Talk!