fbpx

Minyak Zaitun Sebagai ‘WATAK PENTING’ Sepanjang Bulan Ramadan!

Ramadan tiba.. Ramadan Tiba.. Alhamdulillah kita sudah sampai pada bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan yang di isikan penuh ganjaran pahala serta Rahmat dari Allah S.W.T. Antara watak-watak penting selalu kita perkatakan adalah seperti menu berbuka, menu bersahur, solat sunat tarawih dan juga sebagainya.

Namun, tak terlupa juga kepada masalah-masalah yang sering di alami ketika Ramadan seperti letih, lesu, tak bertenaga malah yang paling teruk sekali gastrik. Haa semua benda boleh dikatakan watak-watak penting la bila tibanya bulan Ramadan.

Di samping itu, kita acap kali terlupa satu lagi hero yang tak didendangkan dalam erti kata lain ‘Watak Penting’ juga la dalam bulan Ramadan ini. Siapakah dia? Tak lain tak bukan “MINYAK ZAITUN”.

Sebelum itu, jom kita lihat dua masalah besar yang sering berlaku ketika kita berpuasa.

Masalah 1: Tidak boleh menahan rasa lapar dengan lebih panjang walaupun telah bersahur dengan makanan berat.

Siapa kat sini yang baru pukul 12 tengah hari dah berpusing-pusing dekat dapur sampaikan setiap saat dan ketika melepek ja kat ruang tamu sambil tengok jam. Jangan risau, sebab itulah Minyak Zaitun adalah utama. Dia pasti akan bantu kita.

Solusi masalah 1: Kajian ni menunjukkan, kalau kita ambil 2 sudu besar (30 ml) minyak zaitun extra virgin seperti Olivie 30X rasa lapar kita boleh timbul lebih lambat 2 jam dari hari biasa berbanding kalau kita tidak ambil Minyak Zaitun ketika sahur.

Jika biasanya tengahari jam 12 kita dah rasa lapar, dengan pengambilan Olivie30X insyallah rasa lapar itu akan bermula lambat sedikit bahkan tak rasa macam tengah berpuasa pun.

Wah.. hebat kan peranan Minyak Zaitun ketika berpuasa? Jadi, apa sebenarnya fungsi Minyak Zaitun ni ? Jom kita lihat rasionalnya.

Rasional 1: Lemak sihat berfungsi untuk membantu penukaran tenaga dari nutrient lain. Pemakanan minyak zaitun / ektrak zaitun menunjukkan peningkatan keseluruhan yang ketara dalam pembakaran/ penggunaan tenaga berbanding dengan minyak lain.

Oleh itu, dengan pengambilan minyak zaitun boleh meningkatkan pembakaran lemak kepada tenaga. Jadi tenaga dalam badan sentiasa dalam tahap yang optimum walaupun tanpa pengambilan gula / karbo yang mencukupi.

Rasional 2: Endokannabinoid (EC) ialah mediator lipid yang bertindak sebagai ligan endogen G. reseptor cannabinoid yang digabungkan dengan protein. Sebatian ini sangat mempengaruhi pelbagai proses biologi seperti kesakitan, kelaparan, selera makan, kebimbangan dan kemurungan, loya, ketagihan dan imuniti semula jadi.

Penemuan utama kajian ini ialah kandungan asid oleik yang dimakan semasa mengambil EVOO mempengaruhi tindak balas EC, sensasi selera makan dan pengambilan tenaga pada makanan seterusnya pada manusia (Mennella et al., 2015).

Masalah 2: Telah mencuba untuk menahan lapar akan tetapi angkara serangan gastrik, tidak dapat menahan kelaparan sehingga maghrib.

Gastrik dan Ramadan berpisah tiada tetapi jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya.

Solusi masalah 2: Untuk pengetahuan semua, Olivie 30X dapat melindungi dari serangan gastrik kerana minyak zaitun boleh bertindak sebagai perisai dalam lapisan perut bagi mengelakkan gejala gastrik terjadi.

Rasional 1: Makanan yang kaya dengan polifenol seperti Olivie 30X secara radikal mengurangkan penjanaan hidroksiperoksida. Ia ada telah diperhatikan bahawa spesies oksigen reaktif (ROS) dan lipid peroksidasi terlibat dalam ulser gastrik (Arismendi Sosa et al., 2022).

Akhirnya, kita dapat tahu juga yang Minyak Zaitun ini ‘Watak Penting’ rupanya ketika bulan Ramadan. Jadi, marilah sama-sama kita mula untuk mengamalkan Minyak Zaitun sepanjang bulan Ramadan supaya kita dapat tingkatkan ibadah dan gandakan pahala kita. Insya Allah.

Salam Ramadan Kareem buat semua!

Reference:

Mennella, I., Savarese, M., Ferracane, R., Sacchi, R., & Vitaglione, P. (2015). Oleic acid content of a meal promotes oleoylethanolamide response and reduces subsequent energy intake in humans. Food & function, 6(1), 203-209

Arismendi Sosa, A. C., Mariani, M. L., Vega, A. E., & Penissi, A. B. (2022). Extra virgin olive oil inhibits Helicobacter pylori growth in vitro and the development of mice gastric mucosa lesions in vivo. Frontiers in Microbiology, 13, 961597.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *