Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, adalah lebih baik jika kita menjadi lebih peka terhadap tubuh badan kita. Terutamanya jika anda sedang mengerjakan ibadah haji.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, demam bukanlah suatu penyakit. Ianya adalah gejala yang selalu bertindak sebagai suatu indikasi anda mempunyai jangkitan virus atau kuman.
Suhu badan manusia adalah berbeza dan boleh berubah mengikut keadaan seharian. Suhu badan yang normal adalah antara 36.1 °C hingga 37.2 °C. Anda akan dianggap demam jika suhu dalam mulut melebihi 37.5 °C bagi tujuan klinikal. Demam bahaya adalah apabila suhu badan mencanak naik ke 39.4 °C keatas. Jika dibiarkan, ia boleh mengundang maut.
Anda mungkin dapat mengesan tanda-tanda gejala demam:
- Sakit otot
- Sakit kepala
- Berpeluh
- Menggigil
- Dehidrasi
- Hilang selera makan
Adakala imuniti tubuh kita tidak sekuat seperti yang kita sangkakan yang menyebabkan kita boleh terdedah kepada gejala demam ini dengan mudah. Antara faktor-faktor demam adalah:
- Virus
- Jangkitan Kuman
- Cuaca panas yang melampau
- COVID-19
Walaupun demam adalah gejala yang ringan tetapi tiada salahnya jika ikuti langkah pencegahan bagi mengelakkan diri kita daripada terkena gejala demam ini.
- Pastikan keadaan keliling dan diri kita bersih.
- Minum air yang banyak.
- Dapatkan rehat yang secukupnya.
- Basahkan atau lap badan dengan air sejuk bagi menurunkan suhu badan.
- Elakkan pergi ke kawasan yang sesak atau panas.
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua 😆
Amalkan Olivie Plus 30X untuk membantu mencegah demam serta meningkatkan ketahanan tubuh anda.
Jom dapatkan produk Olive House kami bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi anda disini!