fbpx

Kesan Makanan Palsu Terhadap Kesihatan

Makanan palsu bukan sahaja memberi kesan yang besar kepada ekonomi dan reputasi bisnes yang pernah terlibat dalam penyelewengan makanan ini. Malahan ia turut memberi kesan kepada para konsumers dari dari segi kesihatan. 

  1. Pada tahun 1981, tragedi makanan palsu telah berlaku di Spain. Lebih kurang 1,000 nyawa telah diragut dan 25,000 orang mengalami kecederaan dan kecacatan. Tragedi ini dipanggil sebagai “Toxic Oil Syndrome” selepas mereka termakan minyak biji sawi beracun yang telah dijual sebagai minyak zaitun.
  2. Pada tahun 2008, 16 bayi di Wilayah Gansu, China telah didiagnos dengan batu karang. Didapati bahawa susu yang telah digunakan untuk bayi-bayi ini mempunyai campuran toksik industrial yang digelar sebagai \’melamine\’. Selepas 4 bulan, lebih kurang 300,000 bayi di China jatuh sakit akibat daripada meminum susu dan mengalami masalah kesulitan buah pinggang sehingga menyebabkan 6 kematian.

Kesan makanan palsu terhadap kesihatan tidak mengenali usia dan jantina. Sesiapa sahaja boleh terkena. Ada yang mula mengidap penyakit kronik di saluran darah, sistem saraf dan juga di buah pinggang. Ada juga yang mengalami kecacatan seumur hidup. 

Jadi sebab itulah kita perlu pastikan makanan yang kita ambil adalah asli dan bukannya palsu kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan kita. Memang minyak zaitun selalu menjadi mangsa pemalsuan makanan tetapi anda boleh dapatkan minyak zaitun yang asli daripada penjual ataupun jenama yang boleh dipercayai seperti Olive House.  

Anda boleh dapatkan minyak zaitun Olivie Olive House yang diiktiraf ORGANIK oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di sini: www.aafiyatmall.com 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *