fbpx

Eh? Kenapa minyak zaitun ada yang untuk masak, ada pula yang gunakan minyak zaitun untuk drizzle, ada pula yang gunakan minyak zaitun untuk gilap perabot? 
Jadi yang mana satu sebenarnya? 

Minyak zaitun ini sebenarnya ada pelbagai jenis, antaranya: 

  • Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ 
  • Minyak Zaitun Virgin 
  • Minyak Zaitun Refined 
  • Minyak Zaitun Pure 
  • Minyak Zaitun Pomace 

  1. Minyak Zaitun Extra Virgin 
    Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ adalah minyak zaitun yang terbaik. Ianya diperah dengan menggunakan teknik perahan sejuk dimana tiada sebarang haba digunakan kerana ia boleh menjejaskan kualiti minyak zaitun tersebut. Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ ini boleh digunakan untuk aspek kesihatan dan boleh dimakan terus. 
  1. Minyak Zaitun Virgin 
    Minyak Zaitun Virgin ini diperah dengan menggunakan teknik perahan sejuk juga dan ia mempunya ketinggian asidik antara 1 hingg 4 peratus. Berbanding dengan minyak zaitun extra virgin, minyak zaitun virgin mempunya rasa yang lebih lembut dan boleh digunakan untuk masakan haba rendah.  
  1. Minyak Zaitun Refined 
    Minyak Zaitun Refined ini masih dianggap sebagai berkualiti rendah dan hanya boleh digunakan untuk masak sahaja, terutamanya masakan yang berhaba tinggi. 
  1. Minyak Zaitun Pure 
    Walaupun namanya ‘Pure’, minyak zaitun ini tidaklah ‘pure’. Ianya adalah campuran minyak zaitun extra virgin dan minyak zaitun refined dan kualitinya tidaklah sebagus minyak zaitun extra virgin. Minyak Zaitun Pure ini boleh digunakan untuk masakan dan urut badan. 
  1. Minyak Zaitun Pomace 
    Minyak Zaitun Pomace mempunyai kualiti yang paling rendah. Ianya diperbuat daripada baki-baki minyak daripada buah zaitun yang telah diperah. Minyak Zaitun Pomace ini juga tidak mahal dan sesuai untuk masakan berhaba tinggi. Selain itu, ianya juga digunakan untuk menggilap perabot, ataupun kasut. 

Dari sini, minyak zaitun yang terbaik adalah minyak zaitun ‘extra virgin’ kerana ianya masih mengandungi komponen dan elemen yang baik untuk kesihatan dan juga memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita.  

Jadi, dapatkan yang minyak zaitun extra virgin OLIVE PLUS 30X yang asli daripada www.aafiyatmall.com  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *