fbpx

Diet Sihat, Jaminan Jantung Sihat?

“Diet lah sikit, jaga lah makan tu, kena sakit jantung nanti baru tahu!”

“Ish, banyaknya kau makan, slow down lah sikit.” 

“Banyaknya lauk pauk kau ambil ni, boleh habis ke?” 

“Makan sikit sikit lah weh, kau ni asyik mengunyah je. Tak risau ke kalau sakit?” 

Memang betul Malaysia ini dikenali sebagai syurga makanan dan kita ada pelbagai jenis hidangan yang enak daripada pelbagai jenis kaum. Tidak salah untuk menikmati juadah makanan yang lazat tetapi pengamalan diet yang sihat juga adalah penting untuk kesihatan jantung kita. 

Pengamalan diet yang sihat dan teratur adalah penting untuk mempengaruhi pengurangan risiko serangan jantung yang berbahaya. Ramai diantara kita yang gemar untuk mengambil makanan ringan, adakalanya secara berlebihan juga. Ini mendedahkan kita terhadap penyakit berisiko tinggi seperti penyakit jantung, diabetes, kolesterol tinggi dan hipertensi. 

Antara pengamalan diet sihat yang kita boleh lakukan adalah: 

Waktu Makan yang Teratur

Nampak seperti perkara yang remeh-temeh, tetapi penetapan waktu makan sarapan, tengah hari dan malam adalah penting kerana ianya mampu memberi kesan pada tubuh badan kita. 

Pengambilan makanan haruslah pada waktu yang tepat, tidak terlalu awal, ataupun tidak terlalu lewat. Waktu makan yang tidak teratur boleh mendatangkan rasa stress, kadar gula manaik dan juga rasa cepat lapar. 

Piramid Makanan

Piramid makanan telah pun diperkenalkan oleh pakar kesihatan untuk pengamalan hidup sihat kita. Ianya bertujuan untuk bertindak sebagai rujukan dalam diet makanan kita demi kesihatan kita.  

Aras yang paling besar (aras bawah) menunjukkan seseorang individu itu perlu mengambil makanan tersebut dengan lebih banyak dan aras yang paling kecil (aras atas) menandakan bahawa ianya adalah makanan yang perlu diambil dengan kadar yang paling sedikit. 

Anda boleh membuat rujukan piramid makanan di link disini!

Pemilihan Makanan

Pemilihan makanan amatlah penting dalam diet seharian. Sebagai contoh, jika anda suka makan daging merah, pastikan anda memakannya dalam kadar yang sederhana kerana memakan daging merah secara berlebihan mampu menyumbang kepada serangan penyakit jantung. 

Anda juga boleh mengambil minyak zaitun extra virgin sebagai makanan sampingan anda kerana terdapat banyak kajian yang telah menyatakan bahawa minyak zaitun extra virgin ini mampu untuk membantu mengurangkan berat badan, menurunkan risiko sakit jantung dan darah tinggi. 

Jadi, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat demi kesihatan jantung anda. Pemakanan memainkan peranan yang besar terhadap tubuh badan kita. 

Bak kata pepatah mat salleh “you are what you eat.” maka marilah kita makan yang elok-elok sahaja dengan kadar yang sederhana. 

Anda juga boleh dapatkan minyak zaitun extra virgin yang asli, diiktiraf ORGANIK oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai ‘add-on’ dalam diet harian anda daripada www.aafiyatmall.com

Beli yang ori, makan yang kualiti dan selamat menyambut Hari Jantung Sedunia! <3 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *