fbpx

Muda Tapi Pelupa? ‘Power Up’ kan Minda Anda

“Eh, handphone aku mana ya?”

“Siapa nampak glasses aku?”

“Aku lupa lah mana aku letak kunci kereta…”

Risaunya bila muda-muda lagi sudah menjadi seorang yang pelupa. Ramai yang beranggapan bahawa penyakit lupa ini cuma akan terjadi sewaktu kita telah berusia. Tapi hakikatnya, fungsi minda dan memori kita juga boleh turut terjejas jika kita sering mengamalkan diet atau pengambilan makanan yang tidak sihat.

Kajian telah membuktikan bahawa amalan diet Mediterranean dengan minyak zaitun serta ekstrak pokok zaitun sebagai komponen utama dapat membantu menguatkan daya ingatan serta mengurangkan risiko penyakit Alzheimer serta nyanyuk (demensia).

Ini kerana minyak zaitun serta ekstrak pokok zaitun kaya dengan pelbagai komponen semulajadi antioksidan, terutamanya Hydroxytyrosol yang berperanan memberikan kesan “neuroprotektif” dan melindungi sel otak dari keradangan.

Apa yang lebih menarik, Hydroxytyrosol ini membantu untuk mencegah pengumpulan protein beta-amyloid yang menjadi punca utama penyakit Alzheimer. Pengumpulan protein merbahaya ini mengganggu komunikasi di antara sel-sel otak, berpotensi menyebabkan masalah kognitif.

Antara cara-cara untuk mengurangkan risiko penyakit Alzheimer serta nyanyuk (dementia) adalah dengan:

Melakukan aktiviti yang merangsangkan minda.

Aktiviti seperti membaca, membuat teka silang kata atau sudoku, ‘puzzles’ atau apa-apa aktiviti yang mampu untuk mengasah minda dan proses maklumat untuk kekalkan kesihatan minda dan kemahiran berfikir.

Mengamalkan pemakanan dan diet yang sihat (Diet Mediterranean) serta makanan tinggi Hydroxytyrosol seperti butiran ekstrak pokok zaitun.

Statistik telah membuktikan negara-negara Mediterranean mempunyai kadar penyakit Alzheimer yang rendah kerana pengamalan diet Mediterranean dalam kehidupan seharian.

Bahkan terbaru, tahun 2023 satu kajian manfaat pengamalan Olivie Power Up di Tsukuba University Hospital di Jepun menunjukkan bahawa ekstrak pokok zaitun; Olivie Power Up ini mampu membantu merangsang minda dan tingkat daya fokus. Serta mampu untuk meningkatkan daya ingatan dan proses berfikir dengan produktif.

Boleh dapatkan rujukan kajian disini: https://search.aafiyatgroup.com/view/O5el3g5ym2renN2LYQ/aafiyat-cakna-apakah-itu-alzheimer?q=alzheimer&type=web

  1. Mengaktifkan diri dengan pelbagai aktiviti fizikal.
    Penglibatan dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan darah beredar dengan baik dan aktif sekaligus boleh meningkatkan kecerdasan otak.

Pengamalan diet yang sihat sangat membantu dalam penjagaan minda dan fikiran kita. Oleh itu, dengan mengambil Olivie Power Up, satu sudu teh kecil sehari mempunyai khasiat antioksidan bersamaan dengan 10 liter minyak zaitun ini dapat membantu untuk merangsang minda dan mencegah Alzheimer.

Jadi, jangan tunggu lagi, jom dapatkan yang ori dan makan yang kualiti di www.aafiyatmall.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *