Mengapa pesakit kencing manis atau pesakit diabetes selalu mudah untuk mendapat jangkitan dan lambat untuk sembuh?
Bukan setakat itu sahaja, mereka juga boleh mengalami pelbagai jenis komplikasi yang buruk terhadap kesihatan mereka.
Ini kerana, imun sistem badan mereka yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit diabetes adalah rendah. Apabila seseorang itu terkena penyakit kencing manis, sistem tubuh badan turut terkesan.
Tahukah anda 85 peratus daripada sistem imuniti ini adalah bergantung kepada kesihatan usus.
Ini bermaksud usus yang sihat akan menyokong sistem imuniti dan begitu juga sebaliknya.
Maka antara cara untuk meningkat imuniti badan kita adalah dengan perubahan pemilihan pemakanan sihat dan seimbang, serta gaya hidup yang sihat.
Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat memainkan peranan yang amat besar dalam proses meningkat sistem imuniti badan kita. Jika kita sudah kerap makan makanan yang tidak sihat, adalah disarankan untuk kita memperbaiki semula kaedah pemakanan agar sistem usus menjadi lebih sihat.
Pilih makanan yang berasaskan dengan sumber prebiotik yang banyak dan probiotik dengan konsisten.
Sebagai contoh; pengambilan buah-buahan, serat, sayur-sayuran. Lemak sihat daripada minyak zaitun juga disarankan dan juga madu yang memang adalah sumber prebiotik.
Manakala, cuka buahan organik serta makanan yang diperam seperti tempeh pula adalah sumber probiotik.
Selain daripada itu, minyak habbatus sauda adalah salah satu jenis superfood yang boleh diamalkan untuk peningkatan sistem imun badan.
Tidur yang mencukupi
Badan akan berfungsi dengan baik dan normal apabila kita mendapati tidur yang mencukupi. Ini kerana, sewaktu kita tidur, tubuh badan akan memperbaiki dan menyiapkan diri untuk menjalani hari esok.
Proses detoksifikasi juga dilakukan sewaktu tidur. Ianya penting bagi mengeluarkan dan membuang bahan-bahan toksik dalam badan dan juga zat-zat yang sudah tidak diperlukan oleh tubuh.
Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan hormon-hormon menjadi tidak menentu dan merosakkan sistem imun dalam tubuh. Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa individu yang kekurangan tidur adalah lebih kerap untuk mengalami demam. Ini kerana sistem imun mereka yang tidak kuat.
Bersenam
Terdapat pelbagai jenis manfaat yang kita boleh perolehi dengan senaman dan antaranya adalah meningkan imuniti tubuh badan.
Konsistensi dan intensiti memainkan peranan yang penting dalam senaman.
Berdasarkan kajian, gaya hidup yang kurang aktiviti senaman boleh menurunkan imuniti tubuh. Aktiviti fizikal perlu diamalkan oleh setiap individu bagi meningkatkan sistem imuniti untuk melawan virus atau bakteria.
Gaya hidup yang tidak sihat boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau penyakit diabetes dan menyebabkan tubuh lebih mudah terdedah kepada ancaman bakteria atau jangkitan-jangkitan kuman yang merbahaya.
Jadi dengan itu, marilah kita merubah tabiat dan gaya hidup kita kepada yang lebih sihat dan beli yang ori dan makan yang kualiti dengan superfood yang dapat membantu kita untuk meningkat imuniti tubuh kita dengan pengambilan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Olive Plus 30X, Minyak Habbatus Sauda dan juga Madu daripada Pergunungan Kyrgzystan di www.aafiyatmall.com