fbpx

Pemanis Semulajadi Alternatif Gula Putih untuk Pesakit Diabetes

Tidak dinafikan bahawa gula putih adalah salah satu faktor kepada penyakit diabetes. Pengambilan gula putih ini secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan selain daripada diabetes, antaranya boleh menyebabkan keradangan atau inflammation, kadar kolesterol meningkat dalam darah dan boleh menyebabkan salur darah tersumbat (hipertensi).  

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati dengan pengambilan gula putih dalam pemakanan seharian atau boleh menggantikan pengambilan gula putih ini dengan pemanis alternatif semula jadi.   

Kebanyakan pemanis semula jadi ini tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap tubuh badan jika diambil dengan secara sederhana.   

Contohnya seperti;  

Stevia  

Stevia adalah sejenis pemanis semulajadi tanpa kalori yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang dipanggil sebagai Stevia Rebaudiana

Ianya boleh dijadikan sebagai alternatif gula putih untuk minuman seperti kopi, dan teh serta dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengawal berat badan.  

Monk Fruit 

Monk fruit ataupun dikenali sebagai Luo Han Guo ini menjadi salah satu alternatif yang popular bagi menggantikan gula putih kerana ianya tidak mempunyai kalori dan boleh dimakan untuk mengurangkan pengambilan gula.   

Madu daripada Pergunungan Kyrgzystan  

Lebih kurang 80% madu diluar sana adalah madu palsu yang mampu memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan seseorang. Oleh kerana itu, pemilihan madu harus dilakukan dengan teliti untuk memastikan keaslian madu itu.  Madu daripada Pergunungan Kyrgyzstan adalah madu asli yang mendapat pengiktirafan AUTENTIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh dijadikan sebagai suatu alternatif pengganti gula putih.   

Ianya kaya dengan khasiat yang mampu untuk meningkatkan sistem imuniti badan, dan juga bertindak sebagai ‘mood booster’. Malahan, terdapat ramai pakar nutrisi menyarankan untuk para atlet untuk mengambil madu sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana madu juga membekalkan tenaga dengan cepat.  

Bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes, adalah disarankan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor sebelum mencuba mana-mana pemanis semula jadi ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.  

Marilah kita mengamalkan pengambilan Madu daripada Kyrgyzstan dengan beli yang ori dan makan yang kualiti daripada www.aafiyatmall.com sebagai suatu alternatif kepada gula putih. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *