fbpx

Diabetes Ketika Hamil, Ketahui Faktornya!

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah sebuah penyakit kencing manis yang berlaku terhadap wanita yang hamil walaupun sebelum ini tidak pernah mempunyai sejarah kencing manis atau diabetes tetapi kini mempunyai kadar glukosa darah yang lebih tinggi berbanding mereka yang hamil secara normal.

Keadaan ini selalunya bermula pada minggu yang ke-24 dan boleh mempengaruhi sel disebabkan gula atau glukosa dan menyebabkan peningkatan gula atau glukosa dalam darah. GDM ini adalah suatu keadaan yang kronik dan bahaya untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Kebiasaannya, pesakit akan pulih kembali normal selepas bersalin tetapi masih lagi berisko untuk menghidap kencing mani jenis 2 selepas mengandung.

Antara simptom-simptom yang muncul jika gula dalam darah terlalu tinggi adalah:
  • Kerap kencing daripada biasa
  • Mulut kering
  • Berasa haus
  • Cepat penat atau berasa lesu

Kebanyakkan wanita tidak menunjukkan sebarang simptom- simptom dan hanya dapat dikesan sewaktu menjalani ujian saringan. Adalah digalakkan untuk menghubungi doktor anda jika khuatir dengan simptom-simptom yang dialami.

Antara punca berlakunya GDM adalah kerana badan tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi sewaktu hamil. Insulin adalah suatu hormon yang dihasilkan oleh pancreas dan dapat mengawal kadar glukosa atau gula dalam darah, serta membantu badan memanfaatkan glukosa demi tenaga.

Tetapi ada juga wanita yang diakhir kehamilan mengalami rintangan insulin, begitu juga dengan wanita yang mengalaminya sewaktu awal kehamilan.

Penyakit GDM ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Wanita yang tidak mempunya sebarang penyakit diabetes atau kencing manis sebelum ini juga boleh mengidap GDM dan mereka yang sememangnya pesakit diabetes atau kencing manis ini berisiko untuk menghidapi GDM.

Antara faktor-faktor yang berkemungkinan berlakunya penyakit ini adalah:
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan.
  • Wanita yang berumur 25 tahun keatas.
  • Pernah melahirkan bayi bersaiz besar melebihi 4kg.
  • Pernah lahir mati atau melahirkan bayi yang cacat.
  • Mengalami Gestational Diabetes Mellitus pada kehamilan sebelum ini.

Diet yang seimbang khususnya bagi mereka yang mengalami GDM ini adalah penting bagi mengawal paras glukosa atau gula dalam darah. Ianya adalah salah satu langkah yang perlu ambil untuk kesihatan diri dan badan.

Pengamalan gaya hidup yang sihat dengan penjagaan makanan adalah disarankan dengan pengambilan minyak zaitun extra virgin, Olivie Plus 30X yang mampu membantu menangani penyakit diabetes.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *