fbpx

OLIVE HOUSE HQ

Pantang Larang Makanan untuk Pesakit Diabetes

Diet yang seimbang dan sihat adalah amat penting, khususnya bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes. Ini kerana, pengambilan makanan dan pengamalan gaya hidup yang sihat mampu membantu untuk mengawal paras glukosa atau gula dalam darah. Pengambilan ubat secara tetap dan konsisten, senaman dan pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang pesakit diabetes.

Bagi pesakit kencing manis atau diabetes, paras glukosa boleh dipengaruhi dari segi pemakanan.

Belajar cara mengira karbohidrat adalah salah satu kunci mengawal kadar glukosa dalam darah. Adalah penting untuk mereka yang mengambil insulin untuk mengetahui jumlah karbohidrat yang diambil supaya mendapat dos insulin yang tepat.

Pastikan hidangan yang disediakan adalah seimbang dan jenis-jenis karbohidrat yang diambil juga perlu dikawal.

Makanan yang manis atau minuman bergula boleh menyebabkan kadar glukosa meningkat secara mendadak bagi pesakit diabetes. Sebaik-baiknya makanan yang manis dan minuman yang bergula ini dielakkan bagi memastikan tiada komplikasi pada tubuh badan.

Pencuci mulut ataupun ‘dessert’ yang ditambah:
  • Gula melaka
  • Sirap
Minuman manis itu terdiri daripada:
  • minuman berkarbonat
  • minuman cordial
  • minuman bercampur dengan susu pekat
Makanan pesakit diabetes elak daripada makan:
  • Gula-gula
  • Kuih manis
  • Kek
  • Coklat
  • Aiskrim
  • Susu Pekat Manis

Selain daripada itu, pesakit kencing manis digalakkan untuk memakan makanan yang kaya dengan serat dan dinasihatkan supaya tidak mengambil roti, nasi dan pasta. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa makanan yang berkarbohidrat tinggi boleh mengurangkan fungsi otak serta meningkatkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes tahap 2.

Pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah amat penting bagi pesakit diabetes. Ini kerana pemakanan boleh memberi kesan yang besar terhadap mereka.

Pemakanan dan diet yang seimbang serta gaya hidup yang sihat tidaklah terhad kepada pesakit diabetes sahaja, malahan mereka yang sihat juga digalakkan untuk menjaga kesihatan demi tubuh badan. Maka, marilah kita mengambil minyak zaitun extra virgin asli yang diiktiraf ORGANIK oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; Olivie Plus 30X yang mampu untuk membantu dalam menurunkan risiko kencing manis di www.aafiyatmall.com