fbpx

Gula Tinggi Dalam Darah?! Jom Ketahui Skala Bacaannya!

Diabetes Mellitus (DM) ataupun dikenali sebagai kencing manis adalah sebuah penyakit metabolisma yang berkait dengan kadar gula dalam darah. Penyakit diabetes boleh membawa kepada komplikasi pada tubuh badan dan penyakit lain seperti;

  • Angin ahmar
  • Strok
  • Buah pinggang tidak berfungsi,
  • Serangan sakit jantung,
  • Sistem reproduktif terkesan,
  • Gangguan saraf dan lain-lain.

Kadar gula dalam darah boleh berubah daripada tahap normal, kepada tinggi atau rendah bergantung pada kadar glukosa yang ada dalam aliran darah. Glukosa adalah gula ringkas ini boleh diukur pada bila-bila masa Sahaja kerana ianya sentiasa berada dalam aliran darah.

Skala bacaan glukosa bagi mereka yang mempunyai kencing manis ketika berpuasa ataupun tidak makan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam adalah 4.0 – 7.0 mmol/L

Manakala mereka yang berpuasa tetapi mempunyai bacaan lebih daripada 7.0 mmol/L serta mempunya tanda-tanda kencing manis akan didiagnos sebagai pesakit kencing manis.

Bacaan skala 2 jam selepas makan yang normal adalah 6.0 mmol/L.

Tetapi jika skala bacaan glukosa 2 jam selepas makan adalah 13.0 mmol/L sehingga 15.0 mmol/L itu kebiasaannya sudah mempunyai penyakit kencing manis kerana badan tidak berupaya untuk menurunkan kadar gula dalam masa 2 jam.

Ada juga yang mempunyai skala bacaan glukosa 8.0 mmol/L. Bagi mereka yang mempunyai skala bacaan ini, ianya dikategorikan sebagai Impared Glucose Tolerance yang skala bacaan glukosa adalah antara 7.8 mmol/L hingga 11.0 mmol/L.

Skala bacaan untuk kencing manis adalah apabila skala bacaan glukosa melebihi daripada 11 mmol/L. Skala bacaan glukosa yang normal ini boleh dikawal dengan melakukan senaman sihat dan pengamalan diet yang sihat.

Jadi, marilah kita mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengamalkan Olivie Plus 30X.

Dapatkan minyak zaitun extra virgin asli ini yang diiktiraf ORGANIK oleh Kementerian Kesihatan Malaysia daripada www.aafiyatmall.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *