fbpx

Kira Karbo untuk Pesakit Diabetes

Karbo atau karbohidrat berfungsi untuk memberi tenaga dengan membekalkan kalori kepada tubuh badan kita dan ianya terdiri daripada 3 komponen yang berbeza, iaitu

  • Serat
  • Gula
  • Kanji

Karbohidrat ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu;

  • Karbohidrat kompleks
  • Karbohidrat ringkas

Nasi, roti dan kentang adalah karbohidrat kompleks; manakala karbohidrat ringkas pula terdiri daripada gula, kordial dan kuih-muih.

Memang ramai pesakit diabetes atau kencing manis mematuhi pantang larang untuk tidak mengambil makanan atau minuman manis untuk mengelakkan daripada kemudaratan. Tetapi, tahukah anda sebenarnya mereka masih boleh mengambil makanan atau minuman yang manis tetapi hanya pada kadar yang rendah sahaja?
Mereka masih boleh menikmati kemanisan juadah dengan menggunakan kaedah ‘kira-kira karbohidrat’.

“Kira-kira karbohidrat” adalah kaedah yang penting terutamanya untuk pesakit diabetes atau kencing manis untuk mengira, mengukur atau memantau jumlah karbohidrat yang boleh diambil dalam hidupan seharian berasaskan keperluan tubuh dan pengambilan ubat sekiranya ada.

Adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan pakar dietian anda untuk menentukan berapa jumlah karbohidrat yang diperlukan. Tetapi, kalau ikutkan secara umumnya;

  • Wanita: 3 – 4 unit karbohidrat (hidangan utama)
  • Lelaki: 4 – 5 unit karbohidrat (hidangan utama)

Hal ini juga bergantung kepada kadar aktiviti fizikal badan.

1 unit karbo bersamaan dengan 15g karbo.

Dibawah ini ada beberapa contoh senarai makanan dan unit karbo yang boleh anda rujuk.

  • ½ cawan nasi : 1 unit karbo.
  • 1/3 keping tosai : 1 unit karbo.
  • 1/3 cawan pasta : 1 unit karbo.
  • 1 keping roti: 1 unit karbo.
  • 1 biji epal: 1 unit karbo.
  • 2 biji kurma: 1 unit karbo.
  • ¾ cawan yogurt: 1 unit karbo.

Sebagai menu contoh:

  • 1 ½ Nasi – 3 unit karbo
  • 1 biji epal – 1 unit karbo.
  • Ditambahkan kedua-duanya sekali, bersamaan 4 unit karbo.

Untuk rujukan lebih lanjut dan mendalam, anda boleh rujuk disini

Amalan ini boleh diterapkan dalam diet seharian untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa berada didalam keadaan yang sihat dan optimum.

Bagi anda yang mempunya penyakit diabetes atau kencing manis, walaupun dibenarkan untuk mengambil makanan atau minuman yang manis, anda harus beringat pengambilan karbohidrat ini perlu datangnya daripada sumber:

  • Buah
  • Sayur
  • Bijirin
  • Susu rendah lemak
  • Yogurt

Dan anda juga disarankan untuk mendapatkan konsultasi daripada pakar dietitian anda bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Selain daripada pengambilan karbohidrat yang seimbang, marilah kita beramai-ramai mengamalkan diet yang sihat dengan mengambil Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30X yang dapat membantun untuk mengurangkan risiko kencing manis daripada www.aafiyatmall.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *