fbpx

Cepat dan Senang! Resepi Mudah dengan CVOO!

Bagi mereka yang mahukan masakan yang cepat dan senang, jangan risau! Sini ada resepi yang mudah untuk diikuti dengan menggunakan Cooking Virgin Olive Oil!

Seharian bekerja, balik rumah kena masak. Mesti penatkan? Kadang-kadang, rasa renyah nak masak.

Resepi 1: Aglio Olio

Bahan-bahan:
  • Cooking Virgin Olive Oil dari Olive House
  • Spaghetti
  • Capsicum / Bell Pepper
  • Cendawan Butan (Button Mushroom)
  • Bawang Putih
  • Lada Hitam
  • Herba atau Parsley
  • Udang (jika mahu)
Cara-cara masak:
  • Celur spaghetti sehingga lembut.
  • Buang air spaghetti dan simpan sedikit sahaja air rebusan tersebut.
  • Tuangkan sedikit Cooking Virgin Olive Oil (Olive House) kedalam kuali.
  • Tumis capsicum / bell pepper, cendawan dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi ke dalam kuali.’
  • Tuangkan sedikit air rebusan spaghetti (jika perlu)
  • Sedikit garam
  • Masukkan udang
  • Letakkan sedikit lada, herba atau parsley
  • Gaul hingga sebati
  • Siap!
  • Taburkan sedikit lada atau parsley sebagai ‘finishing’.

Resepi Aglio Olio adalah antara resepi makanan yang mudah untuk diikuti. Ianya tidak mempunyai bahan yang banyak dan sesuai untuk dimasak dengan cooking virgin olive oil.

Seterusnya adalah resepi bagi mereka yang gemar untuk makan nasi!

Fried eggs omelette for breakfast in white plate – Color Filter Processing

Resepi 2: Telur Dadar

Bahan-Bahan
  • Cooking Virgin Olive Oil dari Olive House
  • Telur
  • Susu Full Cream
  • Capsicum / Bell Pepper
  • Bawang Holland
  • Cendawan Butang (Button Mushroom)
  • Lada Hitam
  • Herba atau Parsley
Cara-cara masak:
  • Potong capsicum, bawang holland dan cendawan butang.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk, tuangkan sedikit susu kedalamnya dan tabur sedikit lada hitam dan garam.
  • Kacau hingga sebati.
  • Bilangan telur adalah mengikut kehendak sendiri.
  • Masukkan capsicum, bawang Holland dan cendawan tadi kedalam telur.
  • Tuangkan Cooking Virgin Olive Oil ke dalam kuali.
  • Tuangkan campuran capsicum, bawang Hollan, cendawan dan telur tad uke dalam kuali.
  • Ratakannya atas kuali.
  • Terbalikkan telur dadar tersebut untuk masak sebelah lagi.
  • Taburkan sedikit lada hitam, herba atau parsley ke atas telur dadar dan siap!

Senang dan cepat sahaja untuk menyiapkan sajian masakan dengan menggunakan Cooking Virgin Olive Oil.

Mari kita peraktikan gaya hidup yang sihat aafiyatmewell dengan pembelian Cooking Virgin Olive Oil di www.aafiyatmall.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *