fbpx

Selalu Alami Masalah Rambut Gugur?

Masalah rambut gugur ini berlaku tidak kira pada yang muda atau tua. Mungkin atas faktor penyakit, keturunan mahupun persekitaran keliling. Rambut gugur ini mampu memberikan kesan yang negatif kepada kulit kepala dan ianya boleh berlaku dengan perlahan-lahan atau pun dengan secara tiba-tiba. “Dyeing”, “highlighting” dan cucian rambut yang terlalu kerap juga boleh merosakkan protein rambut.

Tapi tahukah anda bahawa Minyak Kelapa Dara boleh membantu untuk mengurangkan masalah rambut gugur ini? Seringkali kita dengar bahawa Minyak Kelapa Dara manfaatnya banyak untuk ibu mengandung, tetapi, minyak kelapa dara juga mampu membantu masalah rambut gugur.

Minyak Kelapa Dara mempunyai kandungan asid laurik yang memberikan pertumbuhan rambut yang sihat. Pada tahun 2015, terdapat laporan kajian yang menyatakan bahawa minyak kelapa mempunyai hubungan dengan protein rambut, serta mempunyai kemampuan unik untuk menembusi akar rambut.

Selain itu, dapatan kajian lain juga ada menyatakan bahawa minyak kelapa dara ini dapat membantu serta merawat masalah rambut berkutu.

Ianya juga mampu untuk bertindak sebagai penapis UV dan melindungi rambut daripada rosak akibat cahaya matahari. Ini kerana, berdasarksan beberapa kajian, minyak kelapa dara mempunyai SPF (sun protection factor 8).

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah rambut gugur, adalah digalakkan untuk mengamalkan minyak kelapa dara. Ianya dapat membantu mengekalkan rambut sihat dan kuat serta mencegah keguguran rambut.

Selain daripada pengamalan minyak kelapa dara, pengambilan makanan atau diet yang sihat juga memainkan peranan penting dalam penjagaan rambut. Begitu juga dengan penjagaan rambut yang konsisten dan bersih.

Mari amalkan penjagaan rambut dan kepala agar sihat serta mendapatkan keterampilan diri yang menarik dengan gaya hidup aafiyatmewell dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara daripada www.aafiyatmall.com!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *