fbpx

4 Tips untuk Masalah Jerawat!

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah jerawat dan ianya sering berlaku kepada sesiapa saja. Mungkin faktor pencemaran, cuaca, kebersihan ataupun masalah hormon.
Masalah jerawat boleh meninggalkan parut secara fizikal pada kulit dan juga menjadi suatu gangguan emosi dan mental yang mungkin boleh menyebabkan penurunan keyakinan diri.

Masalah jerawat ini berlaku akibat daripada liang roma tersumbat dengan kotoran, minyak, atau sel-sel kulit yang telah mati. Hal ini boleh berlaku kepada mereka yang masih muda seumur 9 atau 10 tahun dan hingga dewasa. Apabila pori tersumbat, maka akan berlaku keradangan kepada kulit dan bintik-bintik kecil akan timbul.

Jangan risau! Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah jerawat pada kulit:

Menjaga kebersihan

Salah satu punca jerawat naik adalah kurang menjaga kebersihan diri. Cadar dan bantal perlu ditukar dengan kerap dan menyentuh muka dengan tangan yang kotor. Kotoran yang terdapat pada bantal, cadar, mahupun alas tilam dan tangan mungkin boleh menyebarkan bakteria-bakteria dan seterusnya menyebabkan pembentukan jerawat.

Banyakkan minum air

Minum air masak dan bukannya minuman manis. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat timbul di kulit muka. Walaupun ianya secara tidak langsung. Tetapi kandungan gula dalam darah boleh merangsang insulin dan hormon androgens serta menyebabkan lebih banyak sebum terhasil. Jadi, kurangkan minuman manis dan lebihkan minum air kosong.

Kesesuaian produk

Ramai yang telah berhabis ratusan ringgit untuk produk kecantikan dan penjagaan muka. Tetapi, ramai juga yang telah mendapat kesan yang tidak diinginkan. Ada sesetangah yang memakai produk kecantikan dan penjagaan kulit dan mendapati bahawa jerawat lebih banyak timbul walaupun ada yang memakai produk yang sama tetapi tidak mengalami apa-apa masalah. Disini menunjukkan bahawa produk yang bersesuaian juga memainkan peranan.

Pengamalan diet yang sihat

Terdapat pelbagai jenis makanan ataupun diet yang sihat yang mampu membantu untuk mengurangkan jerawat di kulit. Contohnya seperti pengambilan jus delima dan minyak zaitun extra virgin. Khasiat di dalam Jus Delima mampu untuk membantu mencerahkan kesan parut. Pergabungan rasa dan khasiat daripada kedua jus delima dan minyak zaitun extra virgin ini mampu membantu dalam mengurangkan pembentukan jerawat.

Walaupun ianya kelihatan seperti masalah remeh, tetapi masalah jerawat boleh memberi impak yang besar dan negatif terhadap tahap keyakinan diri seseorang. Jadi, marilah kita mengamalkan kebersihan diri yang optimum, kurangkan minuman manis yang boleh memberi banyak kemudaratan kepada kesihatan, bijak dalam memilih produk dan juga memulakan pengambilan diet yang sihat dalam kehidupan harian.

Jus Delima dan Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Power Up boleh didapati di www.aafiyatmall.com.

Jom amalkan gaya hidup Aafiyat Me Well sama-sama!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *