fbpx

PETUA WAJAH BERSERI DENGAN MINYAK KELAPA DARA

Wajah berseri hanya dengan Minyak Kelapa Muda? Jika dapat dilihat trending terkini, produk kosmetik adalah tumpuan carian utama khususnya bagi para wanita. Akan tetapi, kita seringkali mendengar isu-isu yang melibatkan bahan kimia yang terkandung di dalam produk sehingga memberi kesan buruk yang boleh membahayakan kesihatan.

Apakah alternatif lain selain menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia?

Ahaa! Tidak kesemua orang mengetahui bahaya Minyak Kelapa Dara juga dapat membantu dalam masalah kulit wajah kita. Selain kebaikannya yang memberikan tenaga, mengelakkan obesiti, ianya juga dapat membantu dalam mengekalkan keserian wajah!

Antara manfaat Minyak Kelapa Dara kepada kulit wajah:

  1. Membantu dalam mencerahkan kulit wajah
  2. Mengurangkan kedutan serta melambatkan proses penuaan
  3. Memudarkan kesan parut jerawat
  4. Memperbaiki tekstur kulit wajah

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Dermatologi Kosmetik, Minyak Kelapa Dara mempunyai keberkesanan dalam membantu masalah kulit kering disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari. Ianya juga disebabkan rutin kehidupan harian yang sering menyebabkan penyentuhan kepada kulit wajah. Para pengkaji menyarankan untuk menitiskan 6-8 titis Minyak Kelapa Dara pada wajah sebelum tidur bagi mendapatkan kulit yang lembap dan berseri.

Tahukah anda, terdapat beberapa produk kosmetik yang mengandungi Minyak Kelapa Dara?`

Menurut Dr. Noordin Darus, Prof Dr Perubatan (MBBS), kebanyakkan produk kosmetik yang dikeluarkan pada masa kini mengandungi kandungan Minyak Kelapa Dara terutamanya dalam sabun pencuci wajah (facial wash) dan pembersih solekan wajah (Makeup Remover).

Menurutnya lagi, Minyak Kelapa Dara mengandungi asid lemak rantai sederhana (MCFA) yang tinggi di mana ianya bersifat anti-kuman atau anti-kulat. Asid lemak MCFA seperti asid kaprilik dan asid laurik di dalam minyak kelapa bersifat anti keradangan secara dalaman atau luaran.

Ia dapat membantu untuk melembabkan kulit terutamanya sesuai untuk masalah kulit kering dan melindungi kulit daripada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat, dan juga boleh digunakan untuk membantu merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema, psoriasis dan dermatitis.

Bagaimana Minyak Kelapa Dara boleh membantu masalah anda?

Minyak Kelapa Dara boleh digunakan sebagai pembersih solekan, antara alternatif lain selain menggunakan produk makeup remover kimia yang banyak dijual di pasaran. Selain itu, anda boleh mengamalkan dengan menyapunya ke wajah sebelum tidur bagi melembabkan kulit, serta wajah akan lebih lembut dan licin. Ianya juga dapat mengurangkan kedutan dan kesan penuaan, malah boleh digunakan sebagai minyak urut untuk kekal awet muda!

Wahh! Begitu banyak manfaat Minyak Kelapa Dara kepada kulit wajah kita. Malah, ianya dapat dijadikan sebagai alternatif baru selain menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia di pasaran masa kini.

Mari amalkan gaya hidup Aafiyat dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara daripada Olive House di www.aafiyatmall.com.

Senarai Rujukan: Tropika.my , Tips Kesihatan , Halodoc , Hellosehat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *